Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Friday, June 27, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 1435H



Assalamualaikum,,

Kepada semua ahli kariah Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat khasnya dan
kepada seluruh umat Islam amnya...

Bagi pihak seluruh Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1435 yang dijangkakan pada Ahad 29 Jun 2014. Apa pun kita tunggu pengumumah oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ini.

Bila saja diumumkan tarikh permulaan puasa, sama-samalah kita

  • Ucapkanlah Alhamdulillah
  • Bacalah Surah Al-Fatihah (7x)
  • Berdoalah supaya kita diberikan kekuatan supaya dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.


Semoga kita semua diberikan kekuatan, ketenangan dan kenikmatan untuk menjalankan ibadah puasa bagi tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Jangan lupa datang beramai-ramai ke surau untuk solat berjemaah. Bukan sahaja Solat Tarawikh tetapi juga solat-solat farghu yang lain kerana dalam bulan Ramadhan ini segala amal ibadah kita dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Dalam bulan Ramadhan ini

  • Perbanyakkan Solat Sunat
  • Membaca Khatam Al-Quran
  • Banyakkan Berdoa
  • Hadir ke Masjid & Surau
  • Selalu Bersedekah
  • Dan Lain-lain

Insya Allah....

No comments:

Post a Comment