Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Friday, June 27, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 1435H



Assalamualaikum,,

Kepada semua ahli kariah Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat khasnya dan
kepada seluruh umat Islam amnya...

Bagi pihak seluruh Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1435 yang dijangkakan pada Ahad 29 Jun 2014. Apa pun kita tunggu pengumumah oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ini.

Bila saja diumumkan tarikh permulaan puasa, sama-samalah kita

  • Ucapkanlah Alhamdulillah
  • Bacalah Surah Al-Fatihah (7x)
  • Berdoalah supaya kita diberikan kekuatan supaya dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.


Semoga kita semua diberikan kekuatan, ketenangan dan kenikmatan untuk menjalankan ibadah puasa bagi tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Jangan lupa datang beramai-ramai ke surau untuk solat berjemaah. Bukan sahaja Solat Tarawikh tetapi juga solat-solat farghu yang lain kerana dalam bulan Ramadhan ini segala amal ibadah kita dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Dalam bulan Ramadhan ini

  • Perbanyakkan Solat Sunat
  • Membaca Khatam Al-Quran
  • Banyakkan Berdoa
  • Hadir ke Masjid & Surau
  • Selalu Bersedekah
  • Dan Lain-lain

Insya Allah....

Monday, June 23, 2014

Peluang Berwakaf (Kemaskini 29/6/2014)

Kemaskini pada 29/6/2014 (1 Ramadhan 1435H)

Alhamdulillah... sudah 80% siap. Tinggal kerja-kerja kemasan tile & cat...
Terima kasih yang tak terhingga kepada dermawan & dermawati yang bermurah hati menghulurkan derma dan berwakaf untuk projek ini..

Kerja pembesaran ruang solat lelaki... tinggal kerja kemasan tile dan cat

Kerja pemvbesaran ruang solat wanita... tinggal pasang tile dan cat
Akan dikemaskini dari masa ke semasa.

===========================================
 Assalamualaikum,

Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat AJK Surau pada 19 Jun 2014, sedikit pengubahsuaian ruang solat lelaki dan wanita akan dilakukan untuk menambahbaik dan menyempurnakan tuntutan solat secara berjemaah.

Keaadaan terkini 23/6/2014 (11.00pm)

Dinding ruang solat wanita
Tembok pemisah dirobohkan untuk membesarkan ruang solat wanita
Dinding di ruang solat utama dipecahkan untuk membesarkan ruang solat lelaki.
Bahagian pertama dalam proses... bahagian ke-2 dan ke-3 selepas ini..

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Surau Al-Ehsan mengalu-alukan tuan/puan untuk berwakaf dengan menyumbang kepada projek ini bentuk sumbangan kewangan dengan seberapa segera. Projek ini dijangka siap menjelang Ramadhan yang akan datang tidak berapa lama lagi.

Sumbangan secara tunai bolehlah diserahkan kepada nama-nama yang berikut:

     1) Pengerusi - En. Yaakob Bin Hanapi (019-785 9868)
     2) Bendahari - En. Fazlin Bin Rais (013-723 3911)
     3) Setiausaha - En. Mohd. Faizal Bin Wahaid (013-762 4268)
     4) Pen. Setiausaha - En. Hamidon Bin Ishak (013-755 5472)
     5) Imam - Ustaz Faizal Bin Abd. Jabar (012-719 5849)

Sumbangan secara on-line boleh disalurkan terus ke akaun Surau Al-Ehsan di :

     BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
     No. Akaun : 0103 2020 0712 40
     Atas Nama : Tabung Kebajikan Surau Kampung Parit Bengkok Darat


Hanya Allah s.w.t. yang dapat memberikan ganjaran di atas setiap sumbangan tuan/puan.


Terima Kasih

Monday, June 9, 2014

Jadual Aktiviti

Assalamualaikum,

Berikut adalah jadual aktiviti sepanjang minggu ini untuk makluman ahli kariah...

Selasa, 10 Jun 2014 : Tahlil Arwah (En. Nasoha, di Surau lepas Maghrib)
Rabu, 11 Jun 2014 : Kelas Takmir (Ust. Aliman, di Surau lepas Maghrib)
Khamis, 12 Jun 2014 : Tahlil Arwah (En. Mohd Siri, di Surau lepas Maghrib)
Jumaat, 13 Jun 2014 : Tahlil Arwah (En. Khatib, di Surau lepas Maghrib)

Terima kasih