Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Saturday, March 26, 2016

Video Kelas Takmir Oleh Ustaz Roslami

Assalamualaikum,

Untuk yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama dalam kelas takmir bulanan bersama Ustaz Roslami, di bawah ini disertakan link Youtube untuk video kelas tersebut.

Tarikh : 24-Mar-2016
Tajuk : Tafsir Surah Al-Kahfi Ayat 4 ~ 6
Link video ; Sila klik di SINI
Semoga bermunafaat...

Terima kasih

Tuesday, February 16, 2016

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H

Assalamualaikum.

Surau Al-Ehsan Kg. Pt. Bengkok Darat akan mengadakan Majlis SambutanMaulidur Rasul bagi tahun 1437H pada hari Sabtu, 20-Feb-2016. Walaupun agak lambat dari kebiasaan, tapi berkat kerjasama dan usaha AJK Surau serta ahli kariah, majlis ini In Shaa Allah akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Semua dipersilakan hadir.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berhubung dengan mana-mana AJK Surau sebelum majlis berlangsung.


Tahun ni ada perarakan sambil berselawat. Ataurcara majlis

6.30ptg : Perarakan
7.00mlm : Jamuan
7.30mlm : Solat Maghrib
7.50mlm : Sambung Jamuan
8.40mlm : Solat Isyak
9.00mlm : Ceramah

Cabutan bertuah juga akan diadakan selepas tamat ceramah.


Monday, February 8, 2016

Gotong Royong Maulidur Rasul 2016

Assalamualaikum,

Hari ini, Ahad 8/2/2016... Cuti Raya Cina, Surau Al-Ehsan telah mengadakan majlis gotong royong bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 20/2/2016. Ramai jugaklah yg datang... Alhamdulillah...

Gambar sekitar gotong royong pagi tadi...