Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Tuesday, April 29, 2014

Senarai Aktiviti Surau Al-Ehsan

Assalamualaikum,

Untuk panduan semua. Jadual aktiviti-aktiviti yang akan datang

30-Apr-2014 (Rabu) : Program Zikir Munajat & Solat Hajat (Di Surau lepas Maghrib)
1-Mei-2014 (Khamis) : Tahlil Arwah (Di rumah En. Kadir Othman, lepas Isyak)
14-Mei-2014 (Rabu) : Kelas Takmir (Ustaz Aliman, lepas Maghrib)
15-Mei-2014 (Khamis) : Tahlil (Di rumah En. Azizan Omar, lepas Isyak)
16-Mei-2014 (Jumaat) : Tahlil (Di rumah Tn. Hj. Mohamad Bajuri, lepas Isyak)
29-Mei-2014 (Khamis) : Kelas Takmir (Ustaz Marwan, lepas Maghrib)
30-Mei-2014 (Jumaat) : Tahlil (Di rumah En. Subari, lepas Isyak)
6-Jun-2014 (Jumaat) : Tahlil (Dirumah En. Masrom Hj. Ismail, lepas Isyak)
7-Jun-2014 (Sabtu) : Tahlil (Di rumah En. Hamidon Ishak, lepas Isyak)

Akan diberitahu sekiranya ada perubahan.

Terima Kasih

Monday, April 28, 2014

Program Zikir Munajat & Solat Hajat

Assalamualaikum,

Jawatankuasa Surau Al-Ehsan dgn kerjasama Perkumpulan Wanita Pt. Bengkok akan menganjurkan "Program Zikir Munajat & Solat Hajat" sempena ketibaan bulan Rejab 1435H. Muslimin & muslimat sekelian dijemput untuk sama-sama hadir ke majlis ini untuk mendekatkan diri kepada pencipta sekelian alam.....


Program bermula selepas Solat Maghrib pada Rabu, 30 Apr 2014.

Terima Kasih

Tuesday, April 1, 2014

Berita Baik (Kemaskini 29/6/2014)

Kemaskini pada 29/6/2014 (1 Ramadhan 1435H)

Kerja kerja pembinaan pagar di sekeliling kawasan surau telah dimulakan pada 28/6/2014.
Terima kasih kepada dermawan & dermawati yang sudi menderma untuk menjayakan projek ini. Terutama kepada Ahli Parlimen Parit Sulong, YB Dato' Noraini Binti Ahmad yang menyokong pojek ini melalui peruntukan segera dan kontraktor..






Projek dijangka siap sepenuhnya sebelum Hari Raya Aidilfitri 2014.

Terima Kasih

******************************************
Assalamualaikum semua,

Saya baru saja menerima berita gembira melalui email dari YB Ahli Parlimen Pt. Sulong, Dato' Noraini Ahmad berkenaan permohonan untuk membina pagar disekeliling Surau Al-Ehsan.

Untuk makluman permohonan telah dihantar kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pt. Sulong pada 15/Nov2013. Sila rujuk surat permohonan di bawah.
 

Melalui e-mail, saya telah dimaklumkan oleh YB Dato', permohonan tersebut telah diluluskan melalui peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM15,000 pada 25/Feb/2014. Pihak Pembangunan Negeri juga telah memberi kelulusan baru-baru ini. Selalunya selepas diluluskan oleh pihak kerajaan, waran akan dikeluarkan kepada pihak pelaksana(kontraktor) yang dipilih oleh kerajaan. Berdasarkan perkembangan terkini, nampaknya Surau Al-Ehsan akan dapat pagar keliling surau tidak lama lagi.... Alhamdulillah.