Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Wednesday, October 23, 2013

Kelas Takmir Oktober 2013 (Ustaz Marwan)

Assalamualaikum,

Kelas Takmir oleh Guru Takmir tambahan iaitu Ustaz Marwan (dari MRSM Batu Pahat) akan diadakan pada :
    
    Tarikh : 24 Okt 2013 (Khamis)
    Masa : Selepas Solat Maghrib

Kad jemputan akan diedarkan esok. Sila rujuk gambar di bawah.

Harap dapat meluang sedikit masa berharga anda untuk majlis ilmu....

Terima kasih.






Thursday, October 17, 2013

Pengstrukturan Semula Skim Khairat Kematian

Assalamualaikum,

Seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat AJK Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat) pada 6 Oktober 2013, pengstrukturan semula telah dibuat ke atas kaedah pungutan dan organisasi wang khairat kematian yang kini dikenali juga dengan nama  “Tabung Khas Kebajikan &  Sosial” (TKS).

①  Kawasan pungutan dibahagikan kepada 10 Zon kecil (Zon 1 ~ Zon 10) yang terdiri dari 6~7 rumah, 
       bertujuan untuk memudahkan tugas-tugas pungutan.

② Setiap Zon akan diwakili oleh seorang  AJK Surau yang bertindak selaku “Wakil Serahan”  yang
     bertanggungjawab untuk memungut dan mengumpulkan  pungutan bagi Zon yang diwakilinya.


Berikut adalah senarai Zon, wakil serahan & ahli-ahli setiap Zon

ZON 1
Wakil Serahan : EN. YAAKOB BIN HANAPI
Bil Nama Peserta
1 EN. NORAZLAN BIN ALI
2 PN. HALIZAH BINTI ALI
3 EN. MOHD. SIRI BIN HJ. MUKRI
4A EN. NASOHA BIN HJ. HASSAN
4B EN. YUSAINI BIN RASHID
5 EN. RAFIZ BIN RAHMAT
6 PN. HAIRUN NISA BINTI HJ. MOHAMMAD
7A TN. HJ. MOHAMMAD BIN HJ. ABD. RAHIM
7B PN. NORHARIAH BINTI HJ. MOHAMMAD


ZON 2
Wakil Serahan :  EN. MASERIN BIN JASMAN
Bil Nama Peserta
1 EN. MOHD. RIZAL BIN JASMAN
2 EN. MASERIN BIN JASMAN
3 EN. KASSIM BIN AMIN
4A EN. RAZALI BIN SALLEH
4B PN. HAPIPAH BINTI SALLEH
5 EN. MOHAMMAD ALI BIN SULTAN
6 EN. AHMAD BIN EHSAN

ZON 3
Wakil Serahan : EN. MOHAMMAD ALI BIN SULTAN
Bil Nama Peserta
1 EN. NAZRI BIN MOHD YUSUF
2 EN. YUSOF BIN SALLEH
3 EN. MOHD KASSIM BIN SALLEH
4 EN. JAMALUDDIN BIN AHMAD
5 TN. HJ. SAHADAN BIN HJ. SIRAJ
6 EN. MOHD IZZUDIN AZRIN BIN JAMALUDDIN

ZON 4
Wakil Serahan : EN. ZAINUDDIN BIN SAIF
Bil Nama Peserta
1 EN. JAMIL BIN HJ. MELAN
2 EN. MASDAR BIN KELIWON
3 EN. ZOLMEE BIN JALIL
4 EN. JASMAN BIN AHMAD
5 EN. HALIZAN BIN RUZALI
6 PN. SANIAH BINTI DAHLAN

ZON 5
Wakil Serahan : EN. FAZLIN BIN RAIS
Bil Nama Peserta
1 EN. ZAINUDDIN BIN SAIF@SALLEH
2 EN. RASHID BIN AHMAD
3 EN. MASROM BIN AMIN
4A PN. MISNAH BINTI JAIS
4B PN. ROSNIWATI BINTI JAIS
5 EN. AZIZAN BIN UMAR
6 EN. HAMIDON BIN ISHAK
7 EN. HAMDAN BIN KOMING

ZON 6
Wakil Serahan : EN. JAMALUDDIN BIN AHMAD
Bil Nama Peserta
1 PN. HJH. TURINAH BINTI SARIF
2 EN. FAZLIN BIN RAIS
3 PN. HJH. ZAHARAH BINTI BAHARUM
4 EN. MOHD FAIZAL BIN WAHAID
5 EN. RAMLAN BIN RALIM
6 EN. SHAMSURI BIN RALIM
7 EN. MOHD NOOR BIN RALIM

ZON 7
Wakil Serahan : EN. FAIZAL BIN ABD. JABAR
Bil Nama Peserta
1 TN. HJ. MOHAMMAD BIN HJ. BAJURI
2 EN. HASSAN BIN AHMAD
3 EN. MASROM BIN HJ. ISMAIL
4 EN. MOHD SAHARUL BIN SAMAD
5 TN. HJ. SAIF BIN HJ. ELIAS
6 EN. HASBOLLAH BIN SADAM
7A EN. KASMIN BIN SADAM
7B EN. ANIS BIN SADAM
7C EN. KASBI BIN SADAM

ZON 7
Wakil Serahan : EN. FAIZAL BIN ABD. JABAR
Bil Nama Peserta
1 TN. HJ. MOHAMMAD BIN HJ. BAJURI
2 EN. HASSAN BIN AHMAD
3 EN. MASROM BIN HJ. ISMAIL
4 EN. MOHD SAHARUL BIN SAMAD
5 TN. HJ. SAIF BIN HJ. ELIAS
6 EN. HASBOLLAH BIN SADAM
7A EN. KASMIN BIN SADAM
7B EN. ANIS BIN SADAM
7C EN. KASBI BIN SADAM

ZON 9
Wakil Serahan : EN. MOHD FAIZAL BIN WAHAID
Bil Nama Peserta
1 EN. KAMIL BIN ABDULLAH
2 EN. MOHD ALIFF BIN MOHD JAMAL
3 PN. ZALEHA BINTI HJ. MUHAMMAD
4 PN. SAENAH BINTI HJ. MUHAMMAD
5 EN. MUSA BIN JURAIMI
6 EN. YAAKOB BIN HANAPI
7 EN. OSMAN BIN ADNAN

ZON 10
Wakil Serahan : EN. HAMIDON BIN ISHAK
Bil Nama Peserta
1 EN. ABD. SAMAD BIN HANAPI
2 EN. AYOB BIN HJ. ELIAS
3 EN. APANDI BIN RUZALI
4 EN. ESA BIN RUZALI
5 EN. BUSTAMAM BIN RUZALI
6 EN. MOHD. SHID BIN BARJI

Surat pemberitahuan secara rasmi telahpun dihantar kepada setiap peserta secara berperingkat.
Harap semua dapat memberikan kerjasama supaya semua urusan berjalan dengan lancar.

Terima Kasih

Tuesday, October 15, 2013

Sekitar Program Qurban Kelompok 1434H

Assalamualaikum,

Gambar-gambar sekitar Program Qurban Berkelompok Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat pada 
15-Okt-2013. Terima kasih kepada semua petugas-petugas dan ahli kariah yang turut serta bersama-sama menjayakan program ini.

Qurban No. 1 (Si Hitam) siap sedia untuk ditumbangkan...

Dalam masa yang sama Qurban No. 2 (Si Putih) memerhati dari jauh.... 

Antara ahli kariah yang datang untuk melihat upacara Qurban pada tahun ini...

Satu sudah tumbang....

Alhamdulillah.... semoga Qurban kami diterima Allah s.w.t......

Si Putih dalam proses untuk ditumbangkan.. ambil masa sikit... yang ni garang sikit!

Walaupun garang  tumbang juga........

Perlu 5 orang untuk stabilkan Si Putih!

Alhamdulillah.. walaupun sukar selesai juga.....

Mula melapah Si Hitam

Petugas di Surau mula membahagikan daging Si Hitam..

Yang berap sama dipkul...yang ringan sama dijinjing..

Si pemotong tulang sudah bersiap sedia....

Terima kasih kepada UTHM kerana bagi pinjam mesin potong tulang...

Dah tinggal tulang....

Si Kadir.... tukang pegang!

Ada juga gambar aku.....


Sekian

Monday, October 14, 2013

Program Qurban Berkelompok 1434H

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua ahli kariah Surau Al-Ehsan.

Esok 15hb Oktober 2013, pihak Surau Al-Ehsan akan menganjurkan Program Qurban Berkelompok sempena Aidiiadha 1434H. Semua ahli kariah dijemput sama-sama bergotong royong bagi menjayakan program ini.

Sebanyak 2 ekor lembu akan disembelih mewakili 14 orang individu yang menyertai program pada tahun ini.
Kepada 14 peserta terbabit, sila hadirkan diri anda ke tapak penyembelihan seperti ketetapan berikut:

     Tarikh : 15hb Okt 2013 (Selasa)
     Masa : Selepas Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
     Tempat : Sembelih - di hadapan rumah En. Ali Bin SUltan
                   Pemprosessan daging -  di perkarangan Surau Al-Ehsan.


Sekian untuk makluman.
Terima kasih

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikm,

Bagi pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat), saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli kariah Surau Al-Ehsan khasnya dan seluruh Muslimin dan Muslimat amnya.

Terima Kasih

Friday, October 11, 2013

Program Dakwah bil-Hal Sesi #1

Assalamualaikum,

Pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan telah mengusulkan dalam mesyuarat AJK yang lalu pada 6 Okt 2013 untuk mengadakan program Dakwah bil-Hal dan ziarah. Program ini tidak tertakluk kepada ahli kariah surau ini sahaja tetapi kepada sesiapa yang dirasakan perlu dari masa ke semasa. Sedikit sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit atau barang-narang keperluan harian akan disumbangkan melalui dana surau ini. Usul ini telah diterima sebulat suara.

Untuk sesi yang pertama, malam ini , Khamis 11 Okt 2013, pihak jawatankuasa telah menziarahi dua rumah.

Rumah Pertama :
Rumah En. Hassan Bin Ahmad. Orang yang dilawati adalah abang ipar beliau iaitu Tn. Hj. Sinang Bin Urif yang merupakan Imam Surau Parit Bengkok Tengah. Beliau terlantar lumpuh seluruh dari leher ke bawah sejak 15 Jan 2013. 


Pihak jawatankuasa surau telah menyerahkan sedikit sumbangan dalam bentuk wang tunai untuk kegunaan perubatan beliau.


Rumah Kedua
Encik Saim Bin Hj. Noor. Beliau diserang angin ahmar setahun yang lalu. Sejak dari itu beliau tidak mampu berjalan dan bekerja. Beliau tinggal bersama anak-anaknya yang tiada pendapatan tetap di dalam sebuah rumah yang agak usang.
.




Pihak jawatankuasa surau telah menyerahkan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian kepada En. Saim  sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbag kepada program ini bolehlah menghubungi Bendahari Surau, En. Fazlin Bin Rais (H/P : 012-7519109) atau melalui akaun bank yang berikut :

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Akaun : 01-032-02-007124-0
Atas Nama : Tabung Kebajikan Surau Kampung Parit Bengkok Darat

Terima Kasih






Telur Ayam Siapa???

Assalamualaikum,

Agak-agak ayam siapa yang bertelur kat pokok bunga depan pintu masuk surau ni??


Sila tuntut telur anda!

Terima Kasih

Wednesday, October 9, 2013

Sekitar Penyempurnaan Jenazah

Assalamualaikum,

Gambar-gambar sekitar majlis penyempurnaan jenazah Allahyarhamah Pn. Rubiah Binti Abdullah.
Tak sempat pergi ke kubur sebab pergi ziarah kematian satu lagi kat Simpang 3, Bagan.


Menunggu jenazah sedang dimandikan

 Van jenazah sumbangan UTHM, Batu Pahat

 Sejurus sebelum Solat Jenazah dijalankan

Jenazah dibawa turun untuk dibawa ke tanah perkuburan

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Tuesday, October 8, 2013

Kembali ke Rahmatullah.....

Assalamualaikum,

Saya baru terima SMS dari salah seorang ahli kariah Surau Al-Ehsan iaitu En. Kadir Othman Bin Abu Nawar, ibu beliau Pn. Jamiah@Rubiah Binti Abdullah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi...
Innalillahi wa innalilaihi raji'un.... AL-FATIHAH...

Bagi pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, saya mengucapkan takziah atas pemergian bonda beliau yang tercinta.

Kepada selurah penduduk Kg. Pt. Bengkok amnya dan ahli kariah Surau Al-Ehsan khasnya, marilah kita sama-sama meluangkan masa yang ada untuk menyempurnakan jenazah Allahyarhamah Jamiah@Rubiah Binti Abdullah pagi esok untuk menunaikan Fardhu Kifayah kerana Allah Ta'ala...

Terima Kasih

Kelas Takmir Bulan Oktober 2013

Assalamualaikum,

Kelas takmir akan diadakan seperti biasa pada tarikh berikut:

Tarikh : Rabu, 9 Okt 2013
Masa : Selepas Solat Maghrib

Semua dijemput hadir.
Terima kasih.