Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Monday, January 26, 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015M/1436H

Assalamualaikum.

Untuk Makluman, Surau Al-Ehsan dengan kerjasama JKKK Kawasan Paritt Bengkok akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 7-Feb-2015 bermula jam 6.00ptg. Sehubungan dengan itu, bagi yang ingin memberikan sumbangan ikhlas bolehlah berhubung terus dengan Bendahari Surau (En. Fazlin Rais) atau mana2 ahli jawatankuasa surau sebelum 6-Feb-2015.

Sila hebahkan. Terima kasih

Aturcara majlis.
6.00pm : Berkumpul di hadapan rumah En. Ahmad Bin Ehsan
              (kupon cabutan bertuah akan diedarkan pada masa ini)
6.30pm : Perarakan menuju ke Surau Al-Ehsan
7.30pm : Solat Maghrib berjemaah
7.45pm : Bacaan Selawat beramai-ramai
7.55pm : Jamuan secara buffet
8.40pm : Solat Isyak berjemaah
9.15pm : Ceramah Oleh Ustaz Mohd Shafiee Bin Bachok
               (Pegawai Agama Daerah Ledang)

Cabutan Bertuah
Kupon-kupon untuk cabutan bertuah akan diedarkan sebelum perarakan hingga sebelum solat fardhu Maghrib. Sila datang awal kerana kupon adalah terhad.

Hadiah-hadiah cabutan bertuah.
2x smartphone
1x handphone
4x hamper/souvenier


Friday, January 2, 2015

Majlis Takirah & Selawat

Assalamualaikum,



Bersempena dengan kedatangan 12 Rabiul Awal 1436H esok, Surau AL-Ehsan Pt. Bengkok Darat akan mengadakan Majlis Takirah, Berzanji dan Selawat sebagai memperingati Hari Keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

     Tarikh   : 2 Jan 2015 (Jumaat mlm Sabtu)
     Masa     : Selepas Solat Maghrib
     Tempat : Surau Al-Ehsan, Pt Bengkok Darat

Sehubungan dengan itu muslimin & muslimat sekelian dipersilakan ke majlis ini.
Terima kasih