Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Wednesday, March 26, 2014

Kelas Takmir Sesi #2 Mac 2014

Assalamualaikum,

Kelas Takmir Surau Al-Ehsan sesi ke-2 bagi bulan Mac 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut

     Tarikh : Khamis, 27 Mac 2014
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Guru Takmir : Ustaz Hj. Marwan Bin Abd, Jalil

Muslimin & muslimat sekelian dijemput hadir ke majlis ilmu ini,

Terima kasih


Tuesday, March 11, 2014

Kelas Takmir Sesi #1 Mac 2014

Assalamualaikum,

Kelas Takmir Surau Al-Ehsan akan diadakan seperti biasa pada esok Rabu, 12/Mac/2014.
Makluman melalui sistem e-MAKLUM akan dihantar dalam masa terdekat.



Harap maklum.
Terima kasih

Sunday, March 2, 2014

Tabung Pembangunan Masjid Johor

Assalamualaikum,

Baru pulang dari menghadiri taklimat Tabung Pembangunan Masjid & Surau Negeri Johor di Masjid Nurul Huda, Bagan.

Tabung diwujudkan untuk memberi peluang kepada muslimin & muslimat untuk sama-sama merebut pahala sedekah jariah di samping membantu kerajaan negeri mempercepatkan proses pembinaan & baikpulih masjid & surau seluruh negeri johor.


Bagi yang ingin menyumbang terus secara online bolehlah buat bank transfer ke akaun berikut. Sila berikan salinan slip bank transfer kepada Setiausa Surau Al-Ehsan untuk rekod.

     No. Akaun : 551016-202271 (Maybank)
     Atas Nama : Tabung Pembangunan Masjid Johor


Anda juga boleh serahkan sumbangan anda kepada Setiausaha Surau Al-Ehsan sebelum 10-Mar-2014 kerana majlis penyerahan oleh Penyelaras Zon Semerah kepada Majlis Agama Islam Johor akan diadakan pada 12-Mar-2014.

Sumbangan secara tunai akan diberikan resit & dikecualikan dari cukai oleh LHDN. Sumbangan minimum sebanyak RM2 sahaja.


Terima Kasih