Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Sunday, December 16, 2012

Video Ceramah Ma'al Hijrah 1435H/2012M

Assalamualaikum,

saya baru aje upload video ceramah Ma'al Hijrah 1435H/2012M yang berlangsung pada 17-Nov-2012 yang lalu ke Youtube. Anda bolehlah clik pada link Video di sebelah kanan di sini untuk bhg. 1 dan di sini untuk bhg. 2.

Selamat menonton.

Friday, December 14, 2012

Video Pengisian Takmir Bulan Dis 2012

Assalamualaikum,

Saya dah upload video Kelas Takmir pada 12 Dis 2012 tempoh hari ke Youtube.
Anda boleh klik di sini untuk bahagian 1 dan di sini untuk bahagian 2 atau boleh klik video link di sebelah kanan.

Selamat menonton!

Tuesday, December 4, 2012

Kelas Takmir Dis 2012

Assalamualaikum,

Seperti biasa kelas takmir akan diadakan lagi pada bulan ini.
Mulai dari kelas yang lalu, berlaku sedikit perubahan mas dari hari Ahad ke hari Rabu.
Untuk bulan ini, kelas takmir akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12-12-12 (unik tak?), Rabu malam Khamis
Masa : Selepas solat Fardhu Maghrib
Tempat : Surau Al-Ehsan, Pt. Bengkok Darat
Penceramah : Tn. Hj. Aliman Bin Masrom

Semua yang berkesempatan dijemput hadir.

Terima kasih

Majlis Tahlil Arwah

Assalamualaikum,

Sedikit informasi tentang majlis tahlil arwah minggu ini.

Tarikh : 6 Dis 2012 (Khamis malam Jumaat)
Masa : selepas solat Fardhu Maghrib
Tempat : Surau Al-Ehsan, Pt. Bengkok Darat
Hajat : Pn. Hjh. Salemah (Hjh Pati)

Semua jemaah dijemput hadir.

Terima kasih

Sunday, November 18, 2012

Sambutan Ma'al Hijrah 1434H, Anjuran Bersama JKKK

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Majlis Sambutan Ma'al Hijrah 1434H/2012M anjuran bersama JKKK Kawasan Pt. Bengkok dan Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat telah selamat diadakan dengan jayanya malam tadi. Di sebalik hujan lebat dari tengahari, kehadiran masyarakat setempat adalah amat memberangsangkan. Berikut sebahagian dari gambar2 yang sempat dirakam semasa acara berjalan.

Jamuan

Jamuan Lagi

Pengacara Majlis

Bacaan Doa oleh Ustaz Faizal Bin Abd Jabar

Bacaan ayat suci Al-Quran oleh
adik Amirul Ashraf Bin Jamaluddin

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Sambutan
Tn. Hj. Zakaria Bin Hj. Sayuti

Ucapan perasmian oleh Penghullu Mukim 2 Bagan
Tn. Hj. Yusof Bin Abu Bakar

Penceramah undangan pada kali ini
Tn. Hj. Mohd Sahli Bin Mohd Sain
Guru Besar Sekolah Agama Pt. Jelutong


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Wednesday, November 14, 2012

Salam Ma'al Hijrah

Alhamdulillah, kedatangan ahli kariah Surau Pt. Bengkok Darat ke majlis bacaan doa awal/akhir tahun serta kelas takmir sempena Tahun Baru Hijrah 1434 tadi di luar jangkaan. Nasib baik makanan cukup walaupun ada AJK surau yang dapat jamah je.....

Next, Surau Al-Ehsan dipilih menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Ma'al Hijrah peringkat Sekawan Desa anjuran JKKK Pt. Bengkok pada 17/Nov ini.

Surau Al-Ehsan kena uruskan dalam masa 3 hari ni...
1) Khemah
2) Jamuan
3) PA System
4) MC (aku lah...sapa lagi...)

Semoga semuanya berjalan lancar.

Tuesday, November 13, 2012

Ma'al Hijrah 1434


Assalamualaikum,

Sempena menyambut kedatangan tahun baru Hirah 1434, Surau Al-Ehsan separti biasa akan mengadakan majlis bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun serta mini ceramah Ma'al Hijrah oleh Guru Takmir kita Tuan Haji Aliman Bin Masrom. 

Tarikh : Rabu, 14 Nov 2012
Masa : mula 6.45pm
Tempat : Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat.

Aturcara : 
6.30pm : Bacaan Surah Yasin & Doa Akhir Tahun
7.00pm : Solat Maghrib berjemaah
7.15pm : Bacaan Doa Awal Tahun
7.30pm : Kelas Takmir / Mini Ceramah Ma'al Hijrah
8.30pm : Solat Isyak Berjemaah
8.45pm : Jamuan ringkas & Bersurai

Semuah jemaah dijemput hadir mengimarahkan rumah Allah ini.
Surat undangan "MUNGKIN" akan dihantar esok.

MUNGKIN = kalau sempat,

Terima kasih.

Wednesday, October 24, 2012

Salasilah Nabi dan Rasul

Assalamualaikum,

Salasilah Nabi & Rasul dari Adam a.s. hingga Muhammad s.a.w. untuk rujukan anda semua.

Tarima Kasih

Saturday, October 20, 2012

30 Minit Ustaz Don

Assalamualaikum,

saya baru saja create blog baru untuk memuatkan koleksi video rancangan 30 Minit Ustaz Don.
Bagi yang berminat bolehlah melayari http://30minitustazdon.blogspot.com/ atau klik Link "30 Minit Ustaz Don" di sebelah kanan....

Selamat menonton

Tuesday, October 9, 2012

Video Kelas Takmir Okt 2012

Assalamualaikum,

Saya dah upload video Kelas Takmir Surau Al-Ehsan pada hari Ahad, 7/Okt  lepas ke Youtube.
Sila klik di sini untuk video penuh kelas.

Terima Kasih.

Tuesday, September 25, 2012

Kelas Takmir Sesi 2012/2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah lepas berehat 2 bulan, kelas Takmir bulanan Surau Al-Ehsan akan dimulakan semula seperti biasa. Kelas pertama akan diadakan seperti di bawah :

   Tarikh : 7-Oct-2012 (Ahad malam Isnin)
   Masa : Selepas Solat Magnrib
   Penceramah : Tuan Hj. Aliman Bin Masrom

Semua jemaah dijemput hadir.

Terima Kasih

Saturday, September 1, 2012

Jemputan Marhaban Aidilfitri 2012

Assalamualaikum,

Lama tak post entry kat blog surau ni...sibuk sikit beraya.
Anyway masih belum terlewat utk ucapkan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Ahli Kariah Surau Al-Ehsan, Parit Bengkok Darat dijemput untuk ziarah hari raya & marhaban seperti jadual di bawah :

1) Tarikh : 1 Sep 2012 (Sabtu malam Ahad)
     Masa : Selepas solat Isyak (Kumpul di Surau)
     Tempat : Di Rumah Tn. Hj. Zakaria bin Hj. Sayuti (Ketua Kampung Pt. Bengkok)

2) Tarikh : 1 Sep 2012 (Sabtu malam Ahad)
     Masa : Selepas rumah  Pak Ya...
     Tempat : Di Rumah Tn. Hj. Mohammed Bin Saryadi (mantan Ketua Kampung Pt. Bengkok)

3) Tarikh : 3 Sep 2012 (Isnin malam Selasa)
     Masa : Selepas solat Isyak (Kumpul di Surau)
     Tempat : Di Rumah Tn. Hj. Hashim bin Hj. Anuah (Imam Masjid Sekawan Desa)

Kalau ada jemputan lagi akan dimaklumkan.
Terima Kasih.
Wassalam.

Thursday, August 9, 2012

Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran seperti ketetapan di bawah:

          Tarikh : 12 Aug 2012 (Ahad)
          Masa  : bermula 6.30ptg

Semua dijemput hadir.
Terima Kasih

Aturcara Majlis :
6.30ptg : Kehadiran ahli Kariah
6.45ptg : Majlis bacaan Al-Quran (Juzuk Amma) secara beramai-ramai
7.21mlm : Berbuka secara ala kadar
7.30mlm : Solat Maghrib berjemaah
7.45mlm : Jamuan Berbuka
8.45mlm : Solat Isyak berjemaah
9.00mlm : Solat Sunat Terawih berjemaah
9.45mlm : Bersurai

Saturday, July 21, 2012

Solat Terawih Malam 2 Ramadhan

Alhamdulillah....Ramai yang datang untuk berjemaah Solat Isyak & Sunat Terawih. Ruang solat lelaki penuh. AJK terpaksa anjakkan & tambah 1 saf lagi untuk muatkan semua jemaah kat ruang solat. Harap2 sampai akhir Ramadhan macam ni.... kalau boleh lepas Ramadhan pun macam ni....

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan

Assalaualaikum,

Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang penuh barakah ini pada hari esok. Sama-samalah kita menjaga puasa kita supaya mendapat keredhaan Allah s.w.t.  ....Jangan lupa malam ni dah mula Solat Terawih. Marilah kita sama-sama ke surau untuk berjemaah Maghrib, Isyak da Terawih. Bagi yang tak dapat hadir buat kat rumah pun boleh juga.... janji jangan tak buat langsung....:)  Tapi pilihlah yang mana berkenan di hati.

Sorang kat rumah  = RM1.00
Berjemaah kat surau = RM27.00



Tuesday, July 17, 2012

Zakat Fitrah 2012


Gambar Gotong Royong

Assalamualaikum,

Ni gambar sekitar gotong royong hari tu...
Saya tak dapat datang sbb kena pegi mesyuarat perwakilan bahagian kat Katerina.
Sempat singgah kat surau on the way balik rumah. Tinggal beberapa orang je kat surau. yang lain dah balik.


Wednesday, July 11, 2012

Gotong Royong

Assalamualaikum,

Surau Al-Ehsan akan mengadakan majlis gotong royong sempena menyambut kedatangan Ramadhan al-mubarak. Semua jemaah dijemput hadir untuk meberatkan silaturrahim...

Tarikh : 15-Jul-2012 (Ahad)
Tempat Berkumpul : Dataran  Surau Al-Ehsan
Masa : 8.00pagi.

Sila bawa peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti gotong royong.
JANGAN BAWAK BANTAL!

Diharap dapat korban sikit masa tidor hari minggu anda.

Terima kasih

Wednesday, July 4, 2012

Pengisian Takmir Jul 2012

Assalamualaikum,

Lupa nak upload Pengisian Kelas Takmir bagi bulan Jul 2012.
Sila klik Video/Audio link di bawah tajuk "Pengisian Takmir Jul 2012".
Atau klik http://youtu.be/Q6x9GRer52I

Tarikh : 1 Jul 2012
Tajuk : Persediaan Menyambut Ramadhan
Oleh : macam biasa la.. Tn. Hj. Aliman Bin Masrom

Selamat mendengar bagi yang tak berkesempatan hadhir

Tuesday, July 3, 2012

Malam Nisfu Sya'aban

Alhamdulillah....ramai yang datang Surau Maghrib tadi untuk bacaan Surah Yaasin.
Penuh surau.....



==============================================
Asslamualaikum,

Esok, Rabu, 4 Jul 2012 bersamaan 14 Sya'aban 1433.
Selepas Maghrib adalah 15 Sya'aban 1433
Surau Al-Ehsan seperti biasa akan mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin sempena malam Nisfu Sy'aban.

Tarikh : 4 Jul 2012 (Rabu malam Khamis)
Masa : Selepas Solat Fardhu Maghrib

Semua jemaah dijemput hadir.
Terima kasih.

Tuesday, June 19, 2012

Tabung Surau Kena Pecah

Assalamualaikum,

Kelmarin tabung besi Surau Al-Ehsan kena pecah. Pencurinya potong mangga SOLEX  & rembat duit sumbangan jemaah yang ada dalam tabung. Jumlahnya tak siapa tahu pasal Bendahari surau belum sempat buat kiraan mingguan.

Sama-samalah kita berdoa semoga makhluk (tak boleh panggil orang) yang buat kerja ni dapat petunjuk dan hidayah dari Allah swt  untuk insaf akan kesalahan yang dilakukannya. Nak dapat balik duit tu memang jangan harapla...

Sekian wasallam.

Tuesday, June 5, 2012

Pengisian Kelas Takmir 2012

Assalamualaikum,

Untuk yang tak dapat hadir.
Rakaman audio penuh untuk Kelas Takmir Jun 2012.
Sila klik link Video/Audio "Pengisian Takmir Jun 2012"

Terima kasih

Wednesday, May 30, 2012

Kelas Takmir Jun 2012

Assalamualaikum,

Untuk makluman ahli kariah Surau Al-Ehsan Kg. Pt. Bengkok Darat.
Kelas Takmir akan diadakan seperti biasa pada setiap hari Ahad minggu pertama.
Untuk bulan Jun 2012, ketetapan seperti berikut.

Tarikh : 03-Jun-2012 (Ahad malam Isnin)
Masa : Selepas solat fardhu Maghrib
Penceramah : Tn, Hj. Aliman Bin Masrum

Semua dijemput hadir.
Terima kasih

Saturday, May 19, 2012

Pengisian Kelas Takmir May 2012

Assalamualaikum,

Sila rujuk Link Youtube untuk rakaman penuh kelas takmir malam tadi.
Tajuk : Kelebihan Bulan Rejab, Sya'aban & Ramadhan

Terima kasih

Friday, May 18, 2012

Kelas Takmir Gantian May 2012

Assalamualaikum,

Kelas Takmir gantian  untuk bulan May 2012 yang telah dibatalkan pada 6/May agan diadakan pada malam ini selepas solat Maghrib. Jom ke surau!!

Sunday, May 6, 2012

Kelas Takmir Dibatalkan

Assalamualaikum,

Dukacita dimaklumkan, kelas Takmir pada malam ini terpaksa dibatalkan kerana penceramah ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Bagi pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, saya mohon maaf. Semoga kehadhiran anda ke surau untuk solat Maghrib berjemaah sebentar tadi dikurniakan balasan dari Allah swt.

Terima kasih

Friday, May 4, 2012

Kelas Takmir Mei 2012

Assalamualaikum,

Kelas Takmir bulanan  Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan diadakan seperti biasa pada 6/5/2012 (selepas solat Maghrib). Harap dapat meluangkan sedikit masa. Tak lama..1 jam aje.

Saturday, April 28, 2012

Perubatan Islam Dadrul Syifa'




























Assalamualaikum,

Untuk makluman.
Persatuan Kebajikan dan Prubatan Islam Malaysia (Darul Syiffa') akan mengadakan sesi rawatan Islam seperti ketatapan berikut.

Tarikh : 5 May 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00am ~ 12.30pm
Tempat : Surau Al-Ikhlas Taman Maju (off Jln Convent/Tan Swee Hoo)

Senarai pelbagai penyakit yang biasanya dirawat seperti di dalam gambar.
Tiada bayaran dikenakan. 
Hanya tabung disediakan untuk sumbangan ikhlas.

Terima kasih

Monday, April 16, 2012

Kembali Ke Rahmatullah

Assalamualaikum,

Petang tadi balik dari kerja, melangkah je ke dalam rumah, saya dikejutkan dengan berita perginya seorang ahli kariah Surau Parit Bengkok Darat yg juga jiran hadapan rumah.

Wahid@Okid@Meko telah kembali ke rahmatullah lbh kurang jam 5.30pm. Dengar cerita kerana masalah jantung.

Saya baru balik menziarahi keluarga allahyarham sebentar tadi dan sempat mengetuai bacaan tahlil untuk arwah walaupun tak ramai org surau yang datang.

Akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Jamek Sri Sekawan Desa awal pagi esok.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.....Al-Fatihah.

Friday, April 13, 2012

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Assalamualaikum,

Muslimin & Muslimat di jemput hadir ke program Forum Perdana Ehwal Islam sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Batu Pahat Kelab.

Tarikh : Ahad, 15 April 2012
Masa : 8.30malam
Tempat : Dataran Penggaram Batu Pahat Kelab

Sekian terima kasih

Saturday, April 7, 2012

Hitungan Tasbih 33x dengan jari..

Assalamualaikum,

Saya nak berkongsi kaedah kiraan tasbih dengan jari....Subhanallah! Allah jadikan setiap susuk tubuh kita ini ada kegunaannya. Sila rujuk gambar untuk kaedah mengira...

Selamat berzikir....

Terima Kasih

Friday, April 6, 2012

Terima Bil Telefon TM secara online

Assalamualaikum,

Tahukah anda, bil telefom TM yang biasa anda terima secara pos setiap bulan juga boleh diperolehi secara online. Layari http://www.tmonline.com.my/ dan daftarlah secara percuma dan mudah sekarang. Anda mesti ada e-mail yang sah untuk menerima kata laluan. Sediakan bil di hadapan anda semasa mendaftar. Sila klik link "TM Online" untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Terima Kasih

Monday, April 2, 2012

Pengisian Takmir April 2012

Assalamualaikum.

Pengisian Kelas Takmir Aril 2012 untuk yang tidak bekesempatan untuk menghadiri kelas malam tadi. Semoga dapat menimba sedikit sebanyak ilmu yang boleh dimanfaatkan.

Bab : Feqah
Tajuk : Mandi.......
Oleh : Tn. Hj. Aliman Bin Masrum

Sila klik video link disebelah dengan tajuk "Pengisian Takmir Apr 2012" untuk rakaman audio penuh kelas malam tadi.

Terima Kasih

Friday, March 30, 2012

Pengunjung ke -400

Alhamdulillah...menjelang bulan 4/2012, lagi 1 view.... blog ini akan mencecah 400hits dalam jangkamasa 3 bulan. Tak sangka pulak. Kita tengok berapa lama untuk cecah 1,000hits....


Azan maghrib dah berkumandang....jom ke surau solat berjemaah!

Wednesday, March 28, 2012

Kelas Takmir April 2012

Assalamualaikum,

Seperti biasa Kelas Takmir Surau Al-Ehsan akan diadakan seperti biasa setial Ahad pertama setiap bulan. Untuk bulan April 2012 kelas akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : Ahad, 1 Apr 2012
Masa : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Tn. Hj. Aliman Bin Hj. Masrom

Semua dijemput hadhir.

Terima Kasih

Friday, March 23, 2012

Ubat Kencing Manis










Assalamualaikum,

Hari ini Admin nak berkongsi berkenaan khasiat "Daun Afrika" sebagai penawar pelbagai penyakit berkaitan darah seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut bolehlah rujuk ke link "Khasiat Daun Afrika" di sebelah. Minta maaf, website dalam bahasa Indonesia. Kalau kurang faham boleh la tanya dengan jebeng yang tengah nyawit!


Admin sendiri dah amalkan minum air Daun Arika yang kering ni sejak awal 2011 lagi. Alhamdulillah paras gula sekarang terkawal. Goleh rujuk graf kat atas tu...


Selamat mencuba

Terima Kasih

Wednesday, March 21, 2012

Mari Belajar Jawa

Assalamualaikum,

Admin nak share satu laman web untuk belajar Bahasa Jawa & macam2 lg....
Sila klik link "Bahasa Jawa" di sebelah kanan...>>>>>

Terima Kasih

Thursday, March 15, 2012

Majlis Tahlil Arwah

Assalamualaikum,

Majlis Tahlil Awrah....

Tempat : Rumah En. Rafiz Bin Rahmat
Tarikh : 24-Mac-2012 (Sabtu malam Ahad)
Masa : Selepas Solat Isya'

Semua Jemaah Surau Pt. Bengkok Darat dijemput hadir.

Terima kasih

Thursday, March 8, 2012

Pendaftaran Haji Secara Online

Assalamualaikum,

Anda kini boleh membuat pendaftaran Haji secara online di laman web Tabung Haji http://www.tabunghaji.gov.my/th/TH/THIndex.htm
Anda juga boleh membuat semakan haji dan sebagainya.
Hanya perlu masukkan nombor akaun Tabung Haji anda atau No. Kad Pengenalan dan semak.

Sila klik link "Tabung Haji" di sebelah kanan......>>>>>.

Terima kasih.

Monday, March 5, 2012

Pengisian Takmir Mac 2012

Assalamualaikum,

Untuk yang tidak dapat menghadiri Kelas Takmir bagi bulan Mac 2012 bolehlah mendengar kuliah penuh di Youtube. Sila rujuk Video/Audio Link di sebelah kanan.

Tarikh : 04.03.2012
Bab : Tasauf
Tajuk : Manusia Sebagai Makhluk Allah swt
Oleh : Tn. hj. Aliman Bin Masrum

Selamat mendengar.
Terima Kasih

Friday, March 2, 2012

Saham Wakaf Johor

Assalamualaikum,

Kepada Muslimin & Muslimat yang berminat untuk membeli saham wakaf bolehlah melayari laman web e-wakaf Johor seperti yang diletakkan pada Link di sebelah .

Saham Wakaf diwujudkan adalah bertujuan untuk menggalakkan umat islam untuk mengamalkan ibadah berwakaf. Merupakan satu skim saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan nilai minimum RM 10 seunit untuk dimiliki oleh umat islam dan mewakafkan saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat islam.

Sila rujuk laman web e-wakaf Johor untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih

Monday, February 20, 2012

Pengisian Kelas Takmir Feb 2012


Pengisian Kelas Takmir 19-2-2012.
Sujud Sajadah, Sujud Tilawah & Sujud Syukur.
Bacaan, kaedah & syarat.

Terima Kasih

Software Untuk Tukar Rumi ke Jawi

Admin baru add link untuk tukar dari ejaan Rumi ke Jawi secara online.
Software yang sangat berguna untuk yang lemah dalam ejaan Jawi.

Selamat mencuba

Sunday, February 19, 2012

جاڠن لوڤا كلس تعمير

كلس تعمير

تاريخ : 2012-02-19 ﴿احد مالم اثنين﴾
ماس : سلڤس صلاة فضو مغرب
اوليه : توان حاج عليمن بن حاج مسروم

مسلمين & مسلمات دجمڤوت حدهير.
تريما كاسيه.

Tuesday, February 14, 2012

Kelas Takmir Bulan Feb 2012

Assalamualiakum,

Kelas Takmir bulanan Surau Al-Ehsan bagi bulan Feb 2012 akan diadakan seperti ketetapan di bawah,

Tarikh : 19-Feb-2012 (Ahad malam Isnin)
Masa : Selepas Sola Fardhu Maghrib
Penceramah : Tn. Hj. Aliman Bin Hj. Masrom

Muslimin & muslimat dijemput hadhir untuk sama-sama menambahkan ilmu buat bekalan di akhirat nanti.

Terima Kasih

Monday, February 13, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012


Acara potong bawang beramai-ramai


Kanopi dah siap pasang



Kerusi dah siap susun




Abg Sam & Zul tengah basuh gelas



Pentas ala kadar ... tengok khat kat belakang.



Parit Bengkok(12 Feb 2012) :Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi. Majlis telah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah besar kecuali PA system yang terlalu kuat. Admin tak jangka Ustaz akan bercakap dengan begitu kuat.


Ini semua kuasa Allah swt serta hasil usaha & kerjasama antara AJK & ahli kariah yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Gotong royong (rewang) telah berjalan dari pukul 9.00am 12/Feb hingga hampir 1.00am 13/Feb

Friday, February 10, 2012

Gotong Royong Maulidur Rasul



Alhamdulillah! Gotong royong sebagai persiapan Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah berjalan dengan jayanya petang tadi walaupun kedatangan tak begitu mengalakkan..maklumla hari bekerja....Admin amik cuti 1/2 hari! Kanopi dah siap dipasang...bangsal dah kemas....besi buruk dah jual... sawang dah sapu... Esok nak pasang lampu kelap-kelip ngan cuci halaman surau.
Terima kasih buat yang datang!




Friday, February 3, 2012

Kad Jemputan Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Surau Al-Ehsan, Kampung Parit Bengkok Darat akan diadakan pada 12-Feb-2012. Bersama penceramah jemputan Ustaz Ishak Bin Noh yang merupakan Guru Besar Sekolah Agama Ledang.



Monday, January 30, 2012

Mesyuarat Sambutan Maulidur Rasul 2012

Alhamdulillah, mesyuarat AJK Sambutan Maulidur Rasul Surau Al-Ehsan Tahun 2012 baru saja selamat diadakan sebentar tadi walaupun kehadiran tidak begitu menggalakkan. Perkara-perkara asas untuk menjayakan majlis telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat tadi. Lain-lain perkara yang muncul selepas mesyuarat ini akan dibincangkan di luar mesyuarat.

Gotong-royong untuk majlis sambutan akan diadakan seperti berikut:

10/Feb (Jumaat) : Membersihkan kawasan surau selepas solat Jumaat
: Pasang kanopi lepas solat Isyak
12/Feb (Ahad) : Gotong royong memasak juadah sambutan (muka 9.00pg)


Tuesday, January 17, 2012

Surat Pungutan Derma Maulud



Surat pungutan derma sempena sambutan Maulid Rasul Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan diedarkan kepada semua ahli Kariah dalam masa terdekat. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah sesama ahli kariah dapat dieratkan dengan bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Derma ikhlas bolehlah disalurkan kepada wakil jawatankuasa surau sebelum 10-Feb-2012.:
1) En. Yaakob Bin Hanapi (Pengerusi)
2) En. Fazlin Bin Rais (Bendahari)
3) En. Faizal Bin Wahaid (Setiausaha)
4) En. Hamdan Bn Koming (Biro Pembangunan & Ekonomi)

Sunday, January 8, 2012

Mesyuarat AJK #1/2012

Mesyuarat AJK Surau Al-Ehsan kali pertama bagi tahun 2012.

Tarikh : 9 Jan 2012 (Isnin mlm Selasa)
Masa : 9.00 mlm (lepas solat Isyak)
Tempat : Surau Al-Ehsan

Agenda,
1. Perancangan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2012.
2. Sambutan Maulidur Rasul 2012
3. Perkara-perkara berbangkit

Wednesday, January 4, 2012

Carta Organisasi

Kelas Takmir Jan 2012

Tarikh : 22-Jan-2012 (Ahad malam Isnin)
Masa : Selepas Solat Fardhu Maghrib
Oleh : Tn. Hj. Aliman Bin Hj. Masrom

Semua jemaah dijemput hadir.

Intro

Assalamualaikum,

Blog ini dibangunkan untuk menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti dan perkembangan semasa Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat), Bagan, Batu Pahat, Johor.
Semoga blog ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

Terima Kasih