Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Monday, May 18, 2015

Video Ceramah Isra' & Mikraj 2015

Assalamualaikum,

Alhamndulillah, program Ceramah Sempena Isra' & Mikraj yang telah dirancang berjalan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada dermawan-dermawan yang telah menghulurkan sumbangan wang ringgit atau tenaga. Maaf sekiranya terdapat kekurangan di sini sana...

Setelah sehari suntuk mengupload video ceramah oleh Ustaz Mohd Assubhi Bin Hj Sidon (admin punya intenet slo...384kbps je) akhirnya berjaya.

Sila klik di sini untuk menonton video tersebut..

Terima kasih.

Wednesday, May 13, 2015

Pengisian Tamir 13 Mei 2015

Assalamualaikum,

Bagi yang tak berkesempatan ke kelas takmir pada malam ini, bolehla rujuk pada helaian yang dilampirkan.
Tajuk kelas pada malam ini adalah Fadhilat Bulan Rejab... bolehla amalkan...bulan Rejab pun belum habis lagi...




Selamat beramal!

Terima Kasih


Tuesday, May 12, 2015

Makluman Kelas Takmir

Assalamualaikum

Kelas Takmir oleh Ustaz Hj. Aliman akan diadakan seperti biasa pada

     Tarikh : 13 Mei 2015 (Rabu)
     Masa   : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin & muslimat dipersilakan hadir.
Harap sebarkan.

Terima kasih.

Monday, May 4, 2015

Ceramah Sempena Isra' & Mikraj 2015

Assalamualaikum,

Sempena kedatangan 27 Rajab 1436H pada 16 Mei 2015 ini, Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan mengadakan Majlis Ceraah Isra' & Mikraj seperti berikut:



Tarikh : Sabtu, 16 Mei 2015
Masa : Selepas Solat Maghrib
Penceramah Undangan : Ustaz Mohd Assubhi Bin Hj. Sidon (Ustaz Suboh)

Muslimin & Muslimat sekelian dipersilakan hadir.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berhubung dengan mana-mana Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ehsan sebelum tarikh majlis di atas. Sumbangan juga boleh dimasukkan ke akaun bank Surau Al-Ehsan..

No. Akaun : 0103 2020 0712 40 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Nama : Tabung Kebajikan Surau Kampung Parit Bengkok Darat

Terima kasih