Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Wednesday, September 24, 2014

Sumbangan Tabung Khas Kebajikan & Sosial (Khairat Kematian)

Assalamualaikum,

Sumbangan Tabung Khas Kebajikan & Sosial Surau Al-Ehsan sebanyak RM10 SAHAJA, berikutan kematian Almarhumah Pn. Hjh. Zainab binti Munari bolehlah dijelaskan kepada wakil-wakil Zon yang telah dilantik seperti berikut.











Sumbangan anda amat diperlukan supaya pengurusan jenazah seterusnya dapat dilaksanakan dengan lancar.
Terima kasih kerana menunaikan tanggungjawab anda.

Sumbangan Tabung Kenbajikan & Sosial (Khairat Kematian)

Assalamualaikum,

PERHATIAN!
Kepada ahli kariah Surau Al-Ehsan yang berdaftar dalam Program Khairat Kematian.
Sumbangan untuk Tabung Kebajikan & Sosial berikutan kembalinya Almarhumah Pn. Hajah Zainab Bin Munari pada 3-Sep-2014 sudah boleh dijelaskan kepada wakil-wakil setiap Zon.

Jumlah sumbangan telah ditetapkan kepada RM10 bagi setiap peserta.
Sila tunaikan tanggungjawab anda untuk memastikan pengurusan jenazah seterusnya berjalan dengan lancar.


Kelas Takmir #2 Bulan Sep 2014

Assalamualaikum,

Kelas Takmir sesi #2 bagi bulan Sep 2014 akan diadakan seperti berikut,

     Tarikh : Khamis, 25-Sep-2014
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Oleh : Tn. Hj. Marwan Bin Abd. Jalil

Semua dijemput hadir.
Datanglah beramai-ramai. Sila sebarkan kepada jiran taulan dan saudara mara yang lain.

Terima kasih

Wednesday, September 10, 2014

Program Jom Sihat Sekampung 2014


Assalamualaikum,

Perhatian untuk warga Kampung Parit Bengkok.

Buat julung-julung kalinya, bersempena dgn Sambuta Hari Malaysia, satu program telah dirangka khusus untuk warga Kg. Pt. Bengkok...

Program anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pt. Sulong, Perkumpulan Wanita & Pemuda Pt. Bengkok serta Surau Al-Ehsan Pt. Bengkok Darat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

     Tarikh : Selasa, 16 Sep 2014
     Masa : Bermula 7.00am
     Tempat : Balairaya Kg. Pt. Bengkok

Sasaran kedatangan program sekurang-kurangnya 100orang. Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua acara. Jadi datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program ini. Banyak acara yang disusun untuk segenap lapisan masyarakat seperti:

1) 5,000 Langkah Sihat (Mula 7.45pg)
    - Program jalan santai & suka-suki ini terbuka untuk semua..lelaki-perempuan....tua-muda....besar-kecik....dsbnya. laluan sepanjang lbh kurang 3km.
    - Sila daftar di kaunter urusetia mulai Jam 7.00pg ~ 7.30pg.
    - 100 pendaftar awal akan menerima cenderahati... yang lambat dapat peluh je la...
    - Tak perlu berlumba-lumba sebab takde hadiah disediakan. Kalau tak larat berhenti...
    - Sarapan pagi disediakan selepas acara.
 
     Pertanyaan???
     URUSETIA : Pn. Ani (013-7323876)

2) Pertandingan Masakan Menu Sihat (10.30pg ~ 11.30pg)
    - Terbuka kepada wanita sahaja
    - Terhad 15 peserta sahaja.
    - Daftar sebelum 15 Sep 2014 (jam 7.00pm).
    - Borang boleh diperolehi dari urusetia.
    - Hadiah berupa wang tunai + hamper disediakan untuk pemenang
    - Masak di rumah ... hiasan di Balairaya ... modal sendiri.
    - Perlu masak 1 menu utama (Ayam/Ikan) + Sayur/ulam dsbnya.
       Lain2 menu adalah bonus....
   
     Pertanyaan????
     URUSETIA : Pn. Zainah (07-413 9909)

3) Pertandingan Karom Kalah Mati (9.00pg ~ 12.00pg)
    - Terbuka kepada Lelaki sahaja (Double)
    - Format pertandingan secara kalah mati
    - Terhad kepada 16 asukan sahaja
    - Daftar sebelum 15 Sep 2014 (jam 7.00pm)
    - Borang boleh diperolehi dari urusetia.
    - Hadiah berupa hamper disediakan.

     Pertanyaan????
     URUSETIA : Ramlan (012-761 3891)

4) Pertandingan Dart Free Style (10.00pg ~ 11.30pg)
    - Terbuka kepada semua
    - Format : 5 balingan sahaja. Mata tertinggi dikira pemenang.
    - Terhad 50 peserta sahaja
    - Daftar pada hari pertandingan
    - Hadiah berupa hamper disediakan.

     Pertanyaan????
     URUSETIA : BOY (013-714 4676)

5) Pertandingan Mewarna (9.00pg ~ 10.30pg)
    - Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja.
    - Kategori A : 10~12 tahun (20 peserta sahaja)
    - Kategori B : 9 tahun ke bawah (20 peserta sahaja)
    - Bawa peralatan mewarna sendiri
    - Daftar pada hari pertandingan
    - Hadiah berupa hamper disediakan.

    Pertanyaan????
    URUSETIA : ELLA (019-707 9760)

6) Pertandingan Memancing Ikan Puyu (9.30pg ~ 11.30pg)
    - Terbuka. Memancing di kawasan yang ditetapkan sahaja.
    - Peserta yang berjaya menaikkan ikan PUYU terberat dikira pemenang
    - Perlu JUJUR... Allah melihat apa yang anda buat!

CABUTAN BERTUAH akan diadakan untuksemua pengunjung dan akan dicabut dari masa ke semasa.
Jadi tunggulah hingga ke akhir program.

Terima Kasih

 





Tuesday, September 9, 2014

Kelas Takmir September 2014

Assalamualaikum.

Kelas Takmir bagi Bulan September 2014 akan diadakan seperti biasa seperti di bawah :

     Tarikh : Rabu, 10 Sep 2014
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Oleh : Ustaz Hj. Aliman Bin Hj. Masrom

Semua dijemput hadir. Sila hebahkan kepada keluarga, kawan-kawan dan jiran-jiran.

Terima kasih.