Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Friday, December 27, 2013

Program Qurban Berkelompok 2014M/1435H

Assalauamaikum,

Program Qurban berkelompok anjuran Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan diadakan seperti biasa bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang dijangka jatuh pada 5-Oktober-2014. Penyertaan terbuka kepada semua ahli kariah Surau Al-Ehsan khasnya dan pihak-pihak lain yang berminat amnya. Borang penyertaan akan diedarkan dalam masa terdekat kepada ahli kariah. Anda juga boleh download dan cetak borang dibawah.  Penyertaan adalah terhad.

     Nama                                : Program Qurban Berkelompok 2014M/1435M
     Tarikh                               : 5-Okt-2014
     Bayaran Penyertaan          : RM500 bagi setiap bahagian
     Deposit                              : RM50 bagi setiap penyertaan
     Tarikh Tutup pendaftaran  : 31-Jan-2014

Nota : Bayaran secara ansuran hendaklah disempurnakan 1 bulan sebelum Hari Raya Aidiladha.

CEPAT!!! ..... PENYERTAAN TERHAD

Pihak pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan sekiranya jumlah penyertaan tidak mencukupi seekor lembu.

Borang Pemyertaan (sila download & print)

Wednesday, December 25, 2013

Kelas Takmir Sesi #2 Disember 2013

Assalamualaikum,

Kelas Takmir Sesi #2 untuk bulan Disember 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

     Tarikh : 26hb Disember 2013 (Khamis Malam Jumaat)
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Oleh : Tn. Hj. Marwan Bin Abd. Jalil

Semoga dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dalam majlis ilmu.

Terima kasih.


Monday, December 9, 2013

Kelas Takmir #1 Dec 2013

Assalamualaikum,

Kelas Takmir Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan diadakan seperti biasa seperti ketetapan berikut,

          Tarikh : 11 Dec 2013 (Rabu)
          Masa : Selepas Solat Maghrib
          Penceramah : Tn. Hj. Aliman Bin hj. Masrom

Semua dijemput hadir.
Terina Kasih....


Tuesday, November 26, 2013

Kelas Takmir #2 Nov 2013

Assalamualaikum,

Kelas Takmir sesi ke-2 akan diadakan seperti berikut:

     Tarikh : 28-Nov-2013 (Khamis Malam Jumaat)
     Masa : Selepas Maghrib
     Penceramah : Ustaz Marwan Bin Abd. Jalil

Semua jemaah dijemput hadir.
Terima kasih


Monday, November 11, 2013

Kelas Takmir Nov 2013

Assalamualaikum,

Kelas takmir bulan ini akan diadakan seperti biasa seperti berikut :

     Tarikh : 13 Nov 2013 (Rabu)
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Penceramah : Tn. Hj. Aliman Bin Hj. Masrom

Semua dijemput hadir.

Terima Kasih


Sunday, November 3, 2013

Sumbangan Ikhlas Bina Pagar Surau

Assalamualaikum w.b.t.,

Seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat AJK Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat) pada 6 Oktober 2013, pihak surau memerlukan sumbangan untuk membina pagar di sekeliling kawasan surau ini.  Ia bertujuan untuk memelihara kesucian kawasan surau dari pencerobohan oleh haiwan-haiwan liar dari kawasan di sekitarnya.

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Surau Al-Ehsan mengalu-alukan sumbangan ikhlas anda sebagai amal jariah dalam bentuk sumbangan kewangan untuk tujuan di atas

Sumbangan secara tunai bolehlah menghubungi nama-nama yang berikut:

            1) Pengerusi - En. Yaakob Bin Hanapi (019-785 9868)
            2) Bendahari - En. Fazlin Bin Rais (012-751 9109)
            3) Setiausaha - En. Mohd. Faizal Bin Wahaid (013-762 4268)
            4) Pen. Setiausaha - En. Hamidon Bin Ishak (013-755 5472)

Sumbangan secara on-line boleh disalurkan terus ke akaun Surau Al-Ehsan di :

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Akaun  : 0103 2020 0712 40
Atas Nama : Tabung Kebajikan Surau Kampung Parit Bengkok Darat

Hanya Allah s.w.t. yang dapat memberikan ganjaran di atas setiap sumbangan anda

Sekian, terima kasih.


Selamat Menyambut Awal Muharram 1435H

Assalamualaikum,

Pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1435H yang akaun jatuh pada hari Selasa, 5 Nov 2013. Sehubungan dengan itu Surau Al-Ehsan akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasiin, Doa Akhir/Awal Tahun serta Tazkirah sperti ketetapn berikut.

     Tarikh : Isnin, 4 Nov 2013 (30 Zulhijjah1434H)
     Masa : mulai 6.15ptg

Muslimin muslimat dijemput hadir.


Wednesday, October 23, 2013

Kelas Takmir Oktober 2013 (Ustaz Marwan)

Assalamualaikum,

Kelas Takmir oleh Guru Takmir tambahan iaitu Ustaz Marwan (dari MRSM Batu Pahat) akan diadakan pada :
    
    Tarikh : 24 Okt 2013 (Khamis)
    Masa : Selepas Solat Maghrib

Kad jemputan akan diedarkan esok. Sila rujuk gambar di bawah.

Harap dapat meluang sedikit masa berharga anda untuk majlis ilmu....

Terima kasih.






Thursday, October 17, 2013

Pengstrukturan Semula Skim Khairat Kematian

Assalamualaikum,

Seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat AJK Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat) pada 6 Oktober 2013, pengstrukturan semula telah dibuat ke atas kaedah pungutan dan organisasi wang khairat kematian yang kini dikenali juga dengan nama  “Tabung Khas Kebajikan &  Sosial” (TKS).

①  Kawasan pungutan dibahagikan kepada 10 Zon kecil (Zon 1 ~ Zon 10) yang terdiri dari 6~7 rumah, 
       bertujuan untuk memudahkan tugas-tugas pungutan.

② Setiap Zon akan diwakili oleh seorang  AJK Surau yang bertindak selaku “Wakil Serahan”  yang
     bertanggungjawab untuk memungut dan mengumpulkan  pungutan bagi Zon yang diwakilinya.


Berikut adalah senarai Zon, wakil serahan & ahli-ahli setiap Zon

ZON 1
Wakil Serahan : EN. YAAKOB BIN HANAPI
Bil Nama Peserta
1 EN. NORAZLAN BIN ALI
2 PN. HALIZAH BINTI ALI
3 EN. MOHD. SIRI BIN HJ. MUKRI
4A EN. NASOHA BIN HJ. HASSAN
4B EN. YUSAINI BIN RASHID
5 EN. RAFIZ BIN RAHMAT
6 PN. HAIRUN NISA BINTI HJ. MOHAMMAD
7A TN. HJ. MOHAMMAD BIN HJ. ABD. RAHIM
7B PN. NORHARIAH BINTI HJ. MOHAMMAD


ZON 2
Wakil Serahan :  EN. MASERIN BIN JASMAN
Bil Nama Peserta
1 EN. MOHD. RIZAL BIN JASMAN
2 EN. MASERIN BIN JASMAN
3 EN. KASSIM BIN AMIN
4A EN. RAZALI BIN SALLEH
4B PN. HAPIPAH BINTI SALLEH
5 EN. MOHAMMAD ALI BIN SULTAN
6 EN. AHMAD BIN EHSAN

ZON 3
Wakil Serahan : EN. MOHAMMAD ALI BIN SULTAN
Bil Nama Peserta
1 EN. NAZRI BIN MOHD YUSUF
2 EN. YUSOF BIN SALLEH
3 EN. MOHD KASSIM BIN SALLEH
4 EN. JAMALUDDIN BIN AHMAD
5 TN. HJ. SAHADAN BIN HJ. SIRAJ
6 EN. MOHD IZZUDIN AZRIN BIN JAMALUDDIN

ZON 4
Wakil Serahan : EN. ZAINUDDIN BIN SAIF
Bil Nama Peserta
1 EN. JAMIL BIN HJ. MELAN
2 EN. MASDAR BIN KELIWON
3 EN. ZOLMEE BIN JALIL
4 EN. JASMAN BIN AHMAD
5 EN. HALIZAN BIN RUZALI
6 PN. SANIAH BINTI DAHLAN

ZON 5
Wakil Serahan : EN. FAZLIN BIN RAIS
Bil Nama Peserta
1 EN. ZAINUDDIN BIN SAIF@SALLEH
2 EN. RASHID BIN AHMAD
3 EN. MASROM BIN AMIN
4A PN. MISNAH BINTI JAIS
4B PN. ROSNIWATI BINTI JAIS
5 EN. AZIZAN BIN UMAR
6 EN. HAMIDON BIN ISHAK
7 EN. HAMDAN BIN KOMING

ZON 6
Wakil Serahan : EN. JAMALUDDIN BIN AHMAD
Bil Nama Peserta
1 PN. HJH. TURINAH BINTI SARIF
2 EN. FAZLIN BIN RAIS
3 PN. HJH. ZAHARAH BINTI BAHARUM
4 EN. MOHD FAIZAL BIN WAHAID
5 EN. RAMLAN BIN RALIM
6 EN. SHAMSURI BIN RALIM
7 EN. MOHD NOOR BIN RALIM

ZON 7
Wakil Serahan : EN. FAIZAL BIN ABD. JABAR
Bil Nama Peserta
1 TN. HJ. MOHAMMAD BIN HJ. BAJURI
2 EN. HASSAN BIN AHMAD
3 EN. MASROM BIN HJ. ISMAIL
4 EN. MOHD SAHARUL BIN SAMAD
5 TN. HJ. SAIF BIN HJ. ELIAS
6 EN. HASBOLLAH BIN SADAM
7A EN. KASMIN BIN SADAM
7B EN. ANIS BIN SADAM
7C EN. KASBI BIN SADAM

ZON 7
Wakil Serahan : EN. FAIZAL BIN ABD. JABAR
Bil Nama Peserta
1 TN. HJ. MOHAMMAD BIN HJ. BAJURI
2 EN. HASSAN BIN AHMAD
3 EN. MASROM BIN HJ. ISMAIL
4 EN. MOHD SAHARUL BIN SAMAD
5 TN. HJ. SAIF BIN HJ. ELIAS
6 EN. HASBOLLAH BIN SADAM
7A EN. KASMIN BIN SADAM
7B EN. ANIS BIN SADAM
7C EN. KASBI BIN SADAM

ZON 9
Wakil Serahan : EN. MOHD FAIZAL BIN WAHAID
Bil Nama Peserta
1 EN. KAMIL BIN ABDULLAH
2 EN. MOHD ALIFF BIN MOHD JAMAL
3 PN. ZALEHA BINTI HJ. MUHAMMAD
4 PN. SAENAH BINTI HJ. MUHAMMAD
5 EN. MUSA BIN JURAIMI
6 EN. YAAKOB BIN HANAPI
7 EN. OSMAN BIN ADNAN

ZON 10
Wakil Serahan : EN. HAMIDON BIN ISHAK
Bil Nama Peserta
1 EN. ABD. SAMAD BIN HANAPI
2 EN. AYOB BIN HJ. ELIAS
3 EN. APANDI BIN RUZALI
4 EN. ESA BIN RUZALI
5 EN. BUSTAMAM BIN RUZALI
6 EN. MOHD. SHID BIN BARJI

Surat pemberitahuan secara rasmi telahpun dihantar kepada setiap peserta secara berperingkat.
Harap semua dapat memberikan kerjasama supaya semua urusan berjalan dengan lancar.

Terima Kasih

Tuesday, October 15, 2013

Sekitar Program Qurban Kelompok 1434H

Assalamualaikum,

Gambar-gambar sekitar Program Qurban Berkelompok Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat pada 
15-Okt-2013. Terima kasih kepada semua petugas-petugas dan ahli kariah yang turut serta bersama-sama menjayakan program ini.

Qurban No. 1 (Si Hitam) siap sedia untuk ditumbangkan...

Dalam masa yang sama Qurban No. 2 (Si Putih) memerhati dari jauh.... 

Antara ahli kariah yang datang untuk melihat upacara Qurban pada tahun ini...

Satu sudah tumbang....

Alhamdulillah.... semoga Qurban kami diterima Allah s.w.t......

Si Putih dalam proses untuk ditumbangkan.. ambil masa sikit... yang ni garang sikit!

Walaupun garang  tumbang juga........

Perlu 5 orang untuk stabilkan Si Putih!

Alhamdulillah.. walaupun sukar selesai juga.....

Mula melapah Si Hitam

Petugas di Surau mula membahagikan daging Si Hitam..

Yang berap sama dipkul...yang ringan sama dijinjing..

Si pemotong tulang sudah bersiap sedia....

Terima kasih kepada UTHM kerana bagi pinjam mesin potong tulang...

Dah tinggal tulang....

Si Kadir.... tukang pegang!

Ada juga gambar aku.....


Sekian

Monday, October 14, 2013

Program Qurban Berkelompok 1434H

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua ahli kariah Surau Al-Ehsan.

Esok 15hb Oktober 2013, pihak Surau Al-Ehsan akan menganjurkan Program Qurban Berkelompok sempena Aidiiadha 1434H. Semua ahli kariah dijemput sama-sama bergotong royong bagi menjayakan program ini.

Sebanyak 2 ekor lembu akan disembelih mewakili 14 orang individu yang menyertai program pada tahun ini.
Kepada 14 peserta terbabit, sila hadirkan diri anda ke tapak penyembelihan seperti ketetapan berikut:

     Tarikh : 15hb Okt 2013 (Selasa)
     Masa : Selepas Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
     Tempat : Sembelih - di hadapan rumah En. Ali Bin SUltan
                   Pemprosessan daging -  di perkarangan Surau Al-Ehsan.


Sekian untuk makluman.
Terima kasih

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikm,

Bagi pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat), saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli kariah Surau Al-Ehsan khasnya dan seluruh Muslimin dan Muslimat amnya.

Terima Kasih

Friday, October 11, 2013

Program Dakwah bil-Hal Sesi #1

Assalamualaikum,

Pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan telah mengusulkan dalam mesyuarat AJK yang lalu pada 6 Okt 2013 untuk mengadakan program Dakwah bil-Hal dan ziarah. Program ini tidak tertakluk kepada ahli kariah surau ini sahaja tetapi kepada sesiapa yang dirasakan perlu dari masa ke semasa. Sedikit sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit atau barang-narang keperluan harian akan disumbangkan melalui dana surau ini. Usul ini telah diterima sebulat suara.

Untuk sesi yang pertama, malam ini , Khamis 11 Okt 2013, pihak jawatankuasa telah menziarahi dua rumah.

Rumah Pertama :
Rumah En. Hassan Bin Ahmad. Orang yang dilawati adalah abang ipar beliau iaitu Tn. Hj. Sinang Bin Urif yang merupakan Imam Surau Parit Bengkok Tengah. Beliau terlantar lumpuh seluruh dari leher ke bawah sejak 15 Jan 2013. 


Pihak jawatankuasa surau telah menyerahkan sedikit sumbangan dalam bentuk wang tunai untuk kegunaan perubatan beliau.


Rumah Kedua
Encik Saim Bin Hj. Noor. Beliau diserang angin ahmar setahun yang lalu. Sejak dari itu beliau tidak mampu berjalan dan bekerja. Beliau tinggal bersama anak-anaknya yang tiada pendapatan tetap di dalam sebuah rumah yang agak usang.
.




Pihak jawatankuasa surau telah menyerahkan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian kepada En. Saim  sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbag kepada program ini bolehlah menghubungi Bendahari Surau, En. Fazlin Bin Rais (H/P : 012-7519109) atau melalui akaun bank yang berikut :

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Akaun : 01-032-02-007124-0
Atas Nama : Tabung Kebajikan Surau Kampung Parit Bengkok Darat

Terima Kasih






Telur Ayam Siapa???

Assalamualaikum,

Agak-agak ayam siapa yang bertelur kat pokok bunga depan pintu masuk surau ni??


Sila tuntut telur anda!

Terima Kasih

Wednesday, October 9, 2013

Sekitar Penyempurnaan Jenazah

Assalamualaikum,

Gambar-gambar sekitar majlis penyempurnaan jenazah Allahyarhamah Pn. Rubiah Binti Abdullah.
Tak sempat pergi ke kubur sebab pergi ziarah kematian satu lagi kat Simpang 3, Bagan.


Menunggu jenazah sedang dimandikan

 Van jenazah sumbangan UTHM, Batu Pahat

 Sejurus sebelum Solat Jenazah dijalankan

Jenazah dibawa turun untuk dibawa ke tanah perkuburan

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Tuesday, October 8, 2013

Kembali ke Rahmatullah.....

Assalamualaikum,

Saya baru terima SMS dari salah seorang ahli kariah Surau Al-Ehsan iaitu En. Kadir Othman Bin Abu Nawar, ibu beliau Pn. Jamiah@Rubiah Binti Abdullah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi...
Innalillahi wa innalilaihi raji'un.... AL-FATIHAH...

Bagi pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, saya mengucapkan takziah atas pemergian bonda beliau yang tercinta.

Kepada selurah penduduk Kg. Pt. Bengkok amnya dan ahli kariah Surau Al-Ehsan khasnya, marilah kita sama-sama meluangkan masa yang ada untuk menyempurnakan jenazah Allahyarhamah Jamiah@Rubiah Binti Abdullah pagi esok untuk menunaikan Fardhu Kifayah kerana Allah Ta'ala...

Terima Kasih

Kelas Takmir Bulan Oktober 2013

Assalamualaikum,

Kelas takmir akan diadakan seperti biasa pada tarikh berikut:

Tarikh : Rabu, 9 Okt 2013
Masa : Selepas Solat Maghrib

Semua dijemput hadir.
Terima kasih.



Sunday, September 22, 2013

Lost & Found

Assalamualaikum,

Satu barang berharga (tak boleh bagitau) telah dijumpai di tempat wuduk lelaki Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat.
Kepada sesiapa yang rasa-rasa ada kehilangan barang sila berhubung dengan Setiausaha surau di talian 013-7624268 (Faizal) dengan seberapa segera. Kalau keterangannya sama dengan barang yang dijumpai, Insha Allah akan dikembalikan.

Terima kasih

Saturday, September 21, 2013

Pengisian Takmir Sep 2013

Assalamualaikum,

Video Pengisian Kelas Takmir bulan Sep 2013 telah selamat diupload You Tube.
Klik di SINI untuk menonton.

Terima kasih

Tuesday, September 10, 2013

Kelas Takmir September 2013

Assalamualaikum,

Setelah bercuti selama 2 bulan, Kleas Bimbingan Takmir Surau Al-Ehsan, Kg. Pt Bengkok Darat akan di adakan semula seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Sep 2013 (Rabu malam Khamis)
Masa : Selepas Solat Mangrib
Penceramah : Ustaz Hj. Aliman Bin Hj. Masrom

Semua dijemput hadir.

Terima Kasih.


Wednesday, August 21, 2013

Sumbangan Khairat Kematian

Assalamualaikum,

Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya AIdilfitri kepada semua ahli kariah Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat.. maaf zahir dan batin..

Dua hari yg lepas (19 Aug 2013), seorang ahli kariah Surau Al-Ehsan iaitu Pn. Hjh. Jamiah Binti Ab. Majid (isteri kepada Tn. Hj. Shahdan Bin Hj. Siraj) telah kembali ke rahmatullah. Takziah diucapkan kepada Tn. Hj. Shahdan. Semoga roh isteri beliau di tempatkan di kalangan org2 yang beriman..Al-Fatihah!

Sehubungan dengan itu sumbangan khairat kematian akan bermula dengan serta merta. Kadar baru yang ditetapkan adalah sebanyak RM10 bagi setiap keluarga. Sila rujuk di sini untuk melihat surat yang telah diedarkan pada bulan Mei 2013.

Sumbangan khairat sebanyak RM10 bolehlah diserahkan kepada Pengerusi Surau Al-Ehsan iaitu En. Yaakob Bin Hanapi dengan seberapa segera.

Senarai nama yang menyertai skim khairat Surau AL-Ehsan adalah seperti berikut:

1. EN. NORAZLAN BIN ALI
2. PN. HALIZAH BINTI ALI
3. EN. SAIRI BIN HJ. MUKRI
4. EN. NASOHA BIN HJ. HASSAN
5. EN. YUSAINI BIN RASHID
6. EN. RAFIZ BIN RAHMAT
7. PN. HAIRUN NISA BINTI HJ. MOHAMMAD
8. TN. HJ.. MOHAMMAD BIN HJ. ABD. RAHIM
9. PN. NORHARIAH BINTI HJ. MOHAMMAD
10. EN. MOHD. RIZAL BIN JASMAN
11. EN. MASERIN BIN JASMAN
12. EN. KASSIM BIN AMIN
13. EN. RAZALI BIN SALLEH
14. PN. HAPIPAH BINTI SALLEH
15. EN. MOHAMMAD ALI BIN SULTAN
16. EN. AHMAD BIN EHSAN
17. EN. NAZRI BIN MOHD YUSUF (BOB)
18. EN. YUSOF BIN SALLEH
19. EN. MOHD KASSIM BIN SALLEH
20. EN. JAMALUDDIN BIN AHMAD
21. TN. HJ. SAHADAN BIN HJ. SIRAJ
22. EN. MOHD IZZUDIN AZRIN BIN JAMALUDDIN
23. EN. JAMIL BIN HJ. MELAN
24. EN. MASDAR BIN KELIWON
25. EN. ZOLMEE BIN JALIL
26. EN. JASMAN BIN AHMAD
27. EN. HALIZAN BIN RUZALI
28. PN. SANIAH BINTI DAHLAN
29. EN. ZAINUDDIN BIN SAIF@SALLEH
30. EN. RASHID BIN AHMAD
31. EN. MASROM BIN AMIN
32. PN. MISNAH BINTI JAIS
33. PN. ROSNIWATI BINTI JAIS
34. EN. AZIZAN BIN UMAR
35. EN. HAMIDON BIN ISHAK
36. EN. HAMDAN BIN KOMING
37. PN. HJH. TURINAH BINTI SARIF
38. EN. FAZLIN BIN RAIS
39. PN. HJH. ZAHARAH BINTI BAHARUM
40. EN. MOHD FAIZAL BIN WAHAID
41. EN. RAMLAN BIN RALIM
42. EN. SHAMSURI BIN RALIM
43. EN. MOHD NOOR BIN RALIM
44. TN. HJ. MOHAMMAD BIN HJ. BAJURI
45. EN. HASSAN BIN AHMAD
46. EN. MASROM BIN HJ. ISMAIL
47. EN. MOHD SAHARUL BIN SAMAD
48. TN. HJ. SAIF BIN HJ. ELIAS
49. EN. HASBOLLAH BIN SADAM
50. EN. KASMIN BIN SADAM
51. EN. ANIS BIN SADAM
52. EN. KASBI BIN SADAM
53. EN. ZAINUDDIN BIN HAMIM
54. EN. RAZALI BIN HAMIM
55. EN. ABD. JABAR BIN PARDI
56. EN. FAIZAL BIN ABD. JABAR
57. EN. MOHD AFZANIZAM BIN ABU NAWAR
58. EN. KADIR OSMAN BIN ABU NAWAR
59. EN. MUTALIB BIN KHALID
60. EN. ABD. RAHIM BIN RAHMAT
61. EN. KAMIL BIN ABDULLAH
62. EN. MOHD ALIFF BIN MOHD JAMAL
63. PN. ZALEHA BINTI HJ. MUHAMMAD
64. PN. SAENAH BINTI HJ. MUHAMMAD
65. EN. MUSA BIN JURAIMI
66. EN. YAAKOB BIN HANAFI
67. EN. OSMAN BIN ADNAN
68. EN. ABD. SAMAD BIN HANAFI
69. EN. AYOB BIN HJ. ELIAS
70. EN. APANDI BIN RUZALI
71. EN. ESA BIN RUZALI
72. EN. BUSTAMAM BIN RUZALI
73. EN. MOHD. SHID BIN BARJI

Sekian terima kasih.