Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Wednesday, December 10, 2014

Senarai Majlis Minggu Ini

Assalamualaikum,

Berikut disenaraikan aktiviti-aktiviti dalam kariah Surau Al-Ehsan minggu ini,
Untuk Panduan sahaja.
Jemputan telah dihantar melalui sistem SMS e-Maklum.

1) Kelas Takmir Ustaz Hj. Aliman
Tarikh : 10-Dec-2014 (Rabu)
Masa   : Lepas Maghrib
Tempat : Surau Al-Ehsan
** Muslimin & Muslimat dipersilakan hadir **


2) Majlis Tahlil Arwah
Tarikh : 11-Dec-2014 (Khamis)
Masa : Lepas Maghrib
Tempat : Surau Al-Ehsan
Hajat : En. Mohd Kassim Bin Salleh
** Muslimin Sahaja **

3) Rewang
Tempat : Di rumah En. Ayub Bin Hj. Elias

   a) Tarikh : 12-Dec-2014 (Jumaat)
        Masa : Lepas solat Isyak

   b) Tarikh : 13-Dec-2014 (Sabtu)
        Masa : 10.00am ~ 5.00pm

Terima kasih.

Saturday, November 22, 2014

Peluang Berwakaf Lagi....

Assalamualaikum,

Kerja-kerja naik taraf  Surau Al-Ehsan masih diteruskan. Mulai semalam 21/11/2014 kerja-kerja memasang tile di balkoni surau telah dimulakan.








Kos utk projek ini adalah sebahagiannya menggunakan wang tabung surau hasil sumbangan orang ramai sebelum ini dan sebahagiannya sumbangan khas atau wakaf dari orang perseorangan.

Kepada sesiapa yang ingin turut sama berwakaf bolehlah menyalurkan sumbangan kepada bendahari surau atau mana-mana AJK surau. Anda juga boleh menyalurkan terus sumbangan kepada akaun surau seperti berikut...

     No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
     Penama : Tabung Kebajikan Surau Kampung Parit Bengkok Darat

Terima kasih.


Tuesday, November 11, 2014

Kelas Takmir Sesi #1 (Nov 2014)

Assalamualaikum,



Kelas Takmir bulanan akan diadakan seperti biasa di SUrau AL-Ehsan seperti ketetapan berikut,

     Tarikh : Rabu, 12 Nov 2014
     Masa   : Selepas Solat Maghrib
     Oleh    : Tn. Hj. Aliman Bin Hj. Masrum

Muslimin & muslimat sekelian dipersilakan hadir ke majlis ilmu ini.

Terima kasih

Tuesday, October 14, 2014

Kelas Takmir #1 Oktober 2014

Assalamualaikum,

Muslimin dan Muslimat sekelian dijemput hadir.


Jom beramai-ramai ke surau...









Tuesday, October 7, 2014

Solat Sunat Gerhana Bulan

Assalamualaikum,


Berdasarkan maklumat yang diterima dari Jabatan Mufti Johor, fenomena Gerhana Bulan akan berlaku pada 5 Oktober 2014 (Rabu malam Khamis). Ia bermula dari jan 6.58 mlm dan berakhir pada jam 8.40 mlm.
Sehubungan dengan itu Surau Al-Ehsan, Pt. Bengkok Darat akan mengadakan Solat Sunat Gerhana Bulan selepas Solat Fardhu Maghrib pada malam tersebut. Tuan-tuan dijemput beramai-ramai ke surau untuk melakukan Solat Sunat Gerhana secara berjemaah.

Terima Kasih

Gerhana Bulan Penuh – 8 Oktober 2014

Assalamualaikum,

Copy & Paste dari http://falakonline.net/semesta/2014/09/gerhana-bulan-penuh-8-oktober-2014/

Pada waktu Maghrib, Rabu 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.
Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Marilah kita beramai-ramai ke surau untuk Solat Sunat Gerhana Bulan dan mendengar Khutbah Gerhana selepas solat fardhu Maghrim. Hukum Solat Gerhana adalah Sunat Mua'akad.
Terima kasih

Monday, October 6, 2014

Sekitar Program Qurban Sunat Berkelompok Surau Al-Ehsan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan izin Allah swt Program Qurban Sunat Berkelompok pada tahun ini berjalan dengan jayanya. Ditambah pula dengan bantuan ahli-ahli qariah Surau Al-Ehsan yg telah datang selepas Solat Sunat Aidiladha. Walaupun admin xde tapi gambar-gambar sekitar program tersebut sampai juga kat admin.

Berikut gambar-gambar sekitar program tersebut yang telah disumbangkan oleh geng-geng Surau Al-Ehsan....

 Si Merah...

Si Putih...

Si Merah dah selesai...

 Giliran Si Putih Pulak...

Kerja melapah... 



 Kepala!

 Orang Kuat Surau...

Macam kena mercun je Kapten Usop?

Saturday, October 4, 2014

Program SepanjangHari Raya Aidiladha 2014

Assalamualaikum.

Untuk makluman ahli kariah Surau Al-Ehsan Pt. Bengkok Darat.
Program sehari sepanjang Aidiladha pada Ahad, 5-Oct-2014.

1) Solat Sunat Aidiladha
    Solat pada tahun ini akan diadakan awal sedikit.
    Mula : jam 8.15pagi

2) Program Qurban Sunat Berkelompok
    Masa : 9.00 pagi
    Berkumpul di perkarangan Surau Al-Ehsan untuk Tazkirah dan taklimat Ibadat Qurban
    Sila bawa senjata masing-masing.....:)
    Kita akan mengorbankan 2 ekor lembu pada tahun ini

3) Majlis Doa Selamat & Kesyukuran
    Masa : selepas solat Maghrib
    Tempat : Di Surau Al-Ehsan

Semua jemaah dijemput hadir.
Terima kasih

Wednesday, September 24, 2014

Sumbangan Tabung Khas Kebajikan & Sosial (Khairat Kematian)

Assalamualaikum,

Sumbangan Tabung Khas Kebajikan & Sosial Surau Al-Ehsan sebanyak RM10 SAHAJA, berikutan kematian Almarhumah Pn. Hjh. Zainab binti Munari bolehlah dijelaskan kepada wakil-wakil Zon yang telah dilantik seperti berikut.











Sumbangan anda amat diperlukan supaya pengurusan jenazah seterusnya dapat dilaksanakan dengan lancar.
Terima kasih kerana menunaikan tanggungjawab anda.

Sumbangan Tabung Kenbajikan & Sosial (Khairat Kematian)

Assalamualaikum,

PERHATIAN!
Kepada ahli kariah Surau Al-Ehsan yang berdaftar dalam Program Khairat Kematian.
Sumbangan untuk Tabung Kebajikan & Sosial berikutan kembalinya Almarhumah Pn. Hajah Zainab Bin Munari pada 3-Sep-2014 sudah boleh dijelaskan kepada wakil-wakil setiap Zon.

Jumlah sumbangan telah ditetapkan kepada RM10 bagi setiap peserta.
Sila tunaikan tanggungjawab anda untuk memastikan pengurusan jenazah seterusnya berjalan dengan lancar.


Kelas Takmir #2 Bulan Sep 2014

Assalamualaikum,

Kelas Takmir sesi #2 bagi bulan Sep 2014 akan diadakan seperti berikut,

     Tarikh : Khamis, 25-Sep-2014
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Oleh : Tn. Hj. Marwan Bin Abd. Jalil

Semua dijemput hadir.
Datanglah beramai-ramai. Sila sebarkan kepada jiran taulan dan saudara mara yang lain.

Terima kasih

Wednesday, September 10, 2014

Program Jom Sihat Sekampung 2014


Assalamualaikum,

Perhatian untuk warga Kampung Parit Bengkok.

Buat julung-julung kalinya, bersempena dgn Sambuta Hari Malaysia, satu program telah dirangka khusus untuk warga Kg. Pt. Bengkok...

Program anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pt. Sulong, Perkumpulan Wanita & Pemuda Pt. Bengkok serta Surau Al-Ehsan Pt. Bengkok Darat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

     Tarikh : Selasa, 16 Sep 2014
     Masa : Bermula 7.00am
     Tempat : Balairaya Kg. Pt. Bengkok

Sasaran kedatangan program sekurang-kurangnya 100orang. Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua acara. Jadi datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program ini. Banyak acara yang disusun untuk segenap lapisan masyarakat seperti:

1) 5,000 Langkah Sihat (Mula 7.45pg)
    - Program jalan santai & suka-suki ini terbuka untuk semua..lelaki-perempuan....tua-muda....besar-kecik....dsbnya. laluan sepanjang lbh kurang 3km.
    - Sila daftar di kaunter urusetia mulai Jam 7.00pg ~ 7.30pg.
    - 100 pendaftar awal akan menerima cenderahati... yang lambat dapat peluh je la...
    - Tak perlu berlumba-lumba sebab takde hadiah disediakan. Kalau tak larat berhenti...
    - Sarapan pagi disediakan selepas acara.
 
     Pertanyaan???
     URUSETIA : Pn. Ani (013-7323876)

2) Pertandingan Masakan Menu Sihat (10.30pg ~ 11.30pg)
    - Terbuka kepada wanita sahaja
    - Terhad 15 peserta sahaja.
    - Daftar sebelum 15 Sep 2014 (jam 7.00pm).
    - Borang boleh diperolehi dari urusetia.
    - Hadiah berupa wang tunai + hamper disediakan untuk pemenang
    - Masak di rumah ... hiasan di Balairaya ... modal sendiri.
    - Perlu masak 1 menu utama (Ayam/Ikan) + Sayur/ulam dsbnya.
       Lain2 menu adalah bonus....
   
     Pertanyaan????
     URUSETIA : Pn. Zainah (07-413 9909)

3) Pertandingan Karom Kalah Mati (9.00pg ~ 12.00pg)
    - Terbuka kepada Lelaki sahaja (Double)
    - Format pertandingan secara kalah mati
    - Terhad kepada 16 asukan sahaja
    - Daftar sebelum 15 Sep 2014 (jam 7.00pm)
    - Borang boleh diperolehi dari urusetia.
    - Hadiah berupa hamper disediakan.

     Pertanyaan????
     URUSETIA : Ramlan (012-761 3891)

4) Pertandingan Dart Free Style (10.00pg ~ 11.30pg)
    - Terbuka kepada semua
    - Format : 5 balingan sahaja. Mata tertinggi dikira pemenang.
    - Terhad 50 peserta sahaja
    - Daftar pada hari pertandingan
    - Hadiah berupa hamper disediakan.

     Pertanyaan????
     URUSETIA : BOY (013-714 4676)

5) Pertandingan Mewarna (9.00pg ~ 10.30pg)
    - Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja.
    - Kategori A : 10~12 tahun (20 peserta sahaja)
    - Kategori B : 9 tahun ke bawah (20 peserta sahaja)
    - Bawa peralatan mewarna sendiri
    - Daftar pada hari pertandingan
    - Hadiah berupa hamper disediakan.

    Pertanyaan????
    URUSETIA : ELLA (019-707 9760)

6) Pertandingan Memancing Ikan Puyu (9.30pg ~ 11.30pg)
    - Terbuka. Memancing di kawasan yang ditetapkan sahaja.
    - Peserta yang berjaya menaikkan ikan PUYU terberat dikira pemenang
    - Perlu JUJUR... Allah melihat apa yang anda buat!

CABUTAN BERTUAH akan diadakan untuksemua pengunjung dan akan dicabut dari masa ke semasa.
Jadi tunggulah hingga ke akhir program.

Terima Kasih

 





Tuesday, September 9, 2014

Kelas Takmir September 2014

Assalamualaikum.

Kelas Takmir bagi Bulan September 2014 akan diadakan seperti biasa seperti di bawah :

     Tarikh : Rabu, 10 Sep 2014
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Oleh : Ustaz Hj. Aliman Bin Hj. Masrom

Semua dijemput hadir. Sila hebahkan kepada keluarga, kawan-kawan dan jiran-jiran.

Terima kasih.

Monday, July 21, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR RAMADHAN 2014/1435H

Assalamualaikum.

Seperti biasa setiap tahun, Surau Al-Ehsan akan menganjurkan majlis Khatam Al-Quran & Iftar Ramadhan pada Khamis, 24 Jul 2014 bermula jam 6.15ptg.


Muslimin & Muslimat sekelian khasnya kepada ahli kariah Surau Al-Ehsan dijemput hadir. Bawalah kaum keluarga yang lain untuk menambahkan lagi keberkatan majlis ini.

Terima kasih

Saturday, July 5, 2014

Gangguan Bekalan Air

Assalamulaikum,


Maklumat gangguan bekalan air bagi kawasan Parit Bengkok dan yang sewaktu dengannya.. :)

         Tarikh : 6 Jul 2014 (Ahad)
         Masa : 10.00am ~ 5.00pm

Sila simpan air secukupnya..

Terima kasih

Friday, June 27, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 1435H



Assalamualaikum,,

Kepada semua ahli kariah Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat khasnya dan
kepada seluruh umat Islam amnya...

Bagi pihak seluruh Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1435 yang dijangkakan pada Ahad 29 Jun 2014. Apa pun kita tunggu pengumumah oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ini.

Bila saja diumumkan tarikh permulaan puasa, sama-samalah kita

  • Ucapkanlah Alhamdulillah
  • Bacalah Surah Al-Fatihah (7x)
  • Berdoalah supaya kita diberikan kekuatan supaya dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.


Semoga kita semua diberikan kekuatan, ketenangan dan kenikmatan untuk menjalankan ibadah puasa bagi tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Jangan lupa datang beramai-ramai ke surau untuk solat berjemaah. Bukan sahaja Solat Tarawikh tetapi juga solat-solat farghu yang lain kerana dalam bulan Ramadhan ini segala amal ibadah kita dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Dalam bulan Ramadhan ini

  • Perbanyakkan Solat Sunat
  • Membaca Khatam Al-Quran
  • Banyakkan Berdoa
  • Hadir ke Masjid & Surau
  • Selalu Bersedekah
  • Dan Lain-lain

Insya Allah....

Monday, June 23, 2014

Peluang Berwakaf (Kemaskini 29/6/2014)

Kemaskini pada 29/6/2014 (1 Ramadhan 1435H)

Alhamdulillah... sudah 80% siap. Tinggal kerja-kerja kemasan tile & cat...
Terima kasih yang tak terhingga kepada dermawan & dermawati yang bermurah hati menghulurkan derma dan berwakaf untuk projek ini..

Kerja pembesaran ruang solat lelaki... tinggal kerja kemasan tile dan cat

Kerja pemvbesaran ruang solat wanita... tinggal pasang tile dan cat
Akan dikemaskini dari masa ke semasa.

===========================================
 Assalamualaikum,

Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat AJK Surau pada 19 Jun 2014, sedikit pengubahsuaian ruang solat lelaki dan wanita akan dilakukan untuk menambahbaik dan menyempurnakan tuntutan solat secara berjemaah.

Keaadaan terkini 23/6/2014 (11.00pm)

Dinding ruang solat wanita
Tembok pemisah dirobohkan untuk membesarkan ruang solat wanita
Dinding di ruang solat utama dipecahkan untuk membesarkan ruang solat lelaki.
Bahagian pertama dalam proses... bahagian ke-2 dan ke-3 selepas ini..

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Surau Al-Ehsan mengalu-alukan tuan/puan untuk berwakaf dengan menyumbang kepada projek ini bentuk sumbangan kewangan dengan seberapa segera. Projek ini dijangka siap menjelang Ramadhan yang akan datang tidak berapa lama lagi.

Sumbangan secara tunai bolehlah diserahkan kepada nama-nama yang berikut:

     1) Pengerusi - En. Yaakob Bin Hanapi (019-785 9868)
     2) Bendahari - En. Fazlin Bin Rais (013-723 3911)
     3) Setiausaha - En. Mohd. Faizal Bin Wahaid (013-762 4268)
     4) Pen. Setiausaha - En. Hamidon Bin Ishak (013-755 5472)
     5) Imam - Ustaz Faizal Bin Abd. Jabar (012-719 5849)

Sumbangan secara on-line boleh disalurkan terus ke akaun Surau Al-Ehsan di :

     BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
     No. Akaun : 0103 2020 0712 40
     Atas Nama : Tabung Kebajikan Surau Kampung Parit Bengkok Darat


Hanya Allah s.w.t. yang dapat memberikan ganjaran di atas setiap sumbangan tuan/puan.


Terima Kasih

Monday, June 9, 2014

Jadual Aktiviti

Assalamualaikum,

Berikut adalah jadual aktiviti sepanjang minggu ini untuk makluman ahli kariah...

Selasa, 10 Jun 2014 : Tahlil Arwah (En. Nasoha, di Surau lepas Maghrib)
Rabu, 11 Jun 2014 : Kelas Takmir (Ust. Aliman, di Surau lepas Maghrib)
Khamis, 12 Jun 2014 : Tahlil Arwah (En. Mohd Siri, di Surau lepas Maghrib)
Jumaat, 13 Jun 2014 : Tahlil Arwah (En. Khatib, di Surau lepas Maghrib)

Terima kasih


Wednesday, May 28, 2014

Kelas Takmir

Assalamualaikum,

Makluman kelas takmir seperti berikut.

Tarikh : 29-Mei-2014 (Khamis)
Masa : Lepas Solat Maghrib
Oleh : Ustaz Hj. Marwan

Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir.

Terima kasih


Jadual Aktiviti Surau Al-Ehsan

Assalamualaikum,


Untuk panduan semua. Jadual aktiviti-aktiviti yang akan datang

29-Mei-2014 (Khamis) : Kelas Takmir (Ustaz Marwan, lepas Maghrib)
29-Mei-2014 (Khamis) : Tahlil (Di rumah En. Yahya Kastam, lepas Kelas Takmir)
30-Mei-2014 (Jumaat) : Tahlil (Di rumah En. Subari, lepas Isyak)
31-Mei-2014 (Sabtu) : Tahlil (Di rumah En. Kasmin, lepas Isyak)
1-Jun-2014 (Ahad) : Tahlil (Di rumah Pn. Maimon Johan, lepas Isyak)
6-Jun-2014 (Jumaat) : Tahlil (Dirumah En. Masrom Hj. Ismail, lepas Isyak)
7-Jun-2014 (Sabtu) : Tahlil (Di rumah En. Hamidon Ishak, lepas Isyak)
11-Jun-2014 (Rabu) : Kelas Takmir (Ustas Aliman, lepas Maghrib)

Memang jadual sangat padat... harap ikhlas.
Akan diberitahu sekiranya ada perubahan.

Terima Kasih

Tuesday, April 29, 2014

Senarai Aktiviti Surau Al-Ehsan

Assalamualaikum,

Untuk panduan semua. Jadual aktiviti-aktiviti yang akan datang

30-Apr-2014 (Rabu) : Program Zikir Munajat & Solat Hajat (Di Surau lepas Maghrib)
1-Mei-2014 (Khamis) : Tahlil Arwah (Di rumah En. Kadir Othman, lepas Isyak)
14-Mei-2014 (Rabu) : Kelas Takmir (Ustaz Aliman, lepas Maghrib)
15-Mei-2014 (Khamis) : Tahlil (Di rumah En. Azizan Omar, lepas Isyak)
16-Mei-2014 (Jumaat) : Tahlil (Di rumah Tn. Hj. Mohamad Bajuri, lepas Isyak)
29-Mei-2014 (Khamis) : Kelas Takmir (Ustaz Marwan, lepas Maghrib)
30-Mei-2014 (Jumaat) : Tahlil (Di rumah En. Subari, lepas Isyak)
6-Jun-2014 (Jumaat) : Tahlil (Dirumah En. Masrom Hj. Ismail, lepas Isyak)
7-Jun-2014 (Sabtu) : Tahlil (Di rumah En. Hamidon Ishak, lepas Isyak)

Akan diberitahu sekiranya ada perubahan.

Terima Kasih

Monday, April 28, 2014

Program Zikir Munajat & Solat Hajat

Assalamualaikum,

Jawatankuasa Surau Al-Ehsan dgn kerjasama Perkumpulan Wanita Pt. Bengkok akan menganjurkan "Program Zikir Munajat & Solat Hajat" sempena ketibaan bulan Rejab 1435H. Muslimin & muslimat sekelian dijemput untuk sama-sama hadir ke majlis ini untuk mendekatkan diri kepada pencipta sekelian alam.....


Program bermula selepas Solat Maghrib pada Rabu, 30 Apr 2014.

Terima Kasih

Tuesday, April 1, 2014

Berita Baik (Kemaskini 29/6/2014)

Kemaskini pada 29/6/2014 (1 Ramadhan 1435H)

Kerja kerja pembinaan pagar di sekeliling kawasan surau telah dimulakan pada 28/6/2014.
Terima kasih kepada dermawan & dermawati yang sudi menderma untuk menjayakan projek ini. Terutama kepada Ahli Parlimen Parit Sulong, YB Dato' Noraini Binti Ahmad yang menyokong pojek ini melalui peruntukan segera dan kontraktor..






Projek dijangka siap sepenuhnya sebelum Hari Raya Aidilfitri 2014.

Terima Kasih

******************************************
Assalamualaikum semua,

Saya baru saja menerima berita gembira melalui email dari YB Ahli Parlimen Pt. Sulong, Dato' Noraini Ahmad berkenaan permohonan untuk membina pagar disekeliling Surau Al-Ehsan.

Untuk makluman permohonan telah dihantar kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pt. Sulong pada 15/Nov2013. Sila rujuk surat permohonan di bawah.
 

Melalui e-mail, saya telah dimaklumkan oleh YB Dato', permohonan tersebut telah diluluskan melalui peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM15,000 pada 25/Feb/2014. Pihak Pembangunan Negeri juga telah memberi kelulusan baru-baru ini. Selalunya selepas diluluskan oleh pihak kerajaan, waran akan dikeluarkan kepada pihak pelaksana(kontraktor) yang dipilih oleh kerajaan. Berdasarkan perkembangan terkini, nampaknya Surau Al-Ehsan akan dapat pagar keliling surau tidak lama lagi.... Alhamdulillah.



Wednesday, March 26, 2014

Kelas Takmir Sesi #2 Mac 2014

Assalamualaikum,

Kelas Takmir Surau Al-Ehsan sesi ke-2 bagi bulan Mac 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut

     Tarikh : Khamis, 27 Mac 2014
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Guru Takmir : Ustaz Hj. Marwan Bin Abd, Jalil

Muslimin & muslimat sekelian dijemput hadir ke majlis ilmu ini,

Terima kasih


Tuesday, March 11, 2014

Kelas Takmir Sesi #1 Mac 2014

Assalamualaikum,

Kelas Takmir Surau Al-Ehsan akan diadakan seperti biasa pada esok Rabu, 12/Mac/2014.
Makluman melalui sistem e-MAKLUM akan dihantar dalam masa terdekat.



Harap maklum.
Terima kasih

Sunday, March 2, 2014

Tabung Pembangunan Masjid Johor

Assalamualaikum,

Baru pulang dari menghadiri taklimat Tabung Pembangunan Masjid & Surau Negeri Johor di Masjid Nurul Huda, Bagan.

Tabung diwujudkan untuk memberi peluang kepada muslimin & muslimat untuk sama-sama merebut pahala sedekah jariah di samping membantu kerajaan negeri mempercepatkan proses pembinaan & baikpulih masjid & surau seluruh negeri johor.


Bagi yang ingin menyumbang terus secara online bolehlah buat bank transfer ke akaun berikut. Sila berikan salinan slip bank transfer kepada Setiausa Surau Al-Ehsan untuk rekod.

     No. Akaun : 551016-202271 (Maybank)
     Atas Nama : Tabung Pembangunan Masjid Johor


Anda juga boleh serahkan sumbangan anda kepada Setiausaha Surau Al-Ehsan sebelum 10-Mar-2014 kerana majlis penyerahan oleh Penyelaras Zon Semerah kepada Majlis Agama Islam Johor akan diadakan pada 12-Mar-2014.

Sumbangan secara tunai akan diberikan resit & dikecualikan dari cukai oleh LHDN. Sumbangan minimum sebanyak RM2 sahaja.


Terima Kasih

Monday, February 17, 2014

Kelas Takmir Feb 2014 #2

Assalamualaikum,

Sedikit maklumat kelas takmir minggu ini..

Tarikh : Khamis, 20 Feb 2014
Masa : Selepas Solat Maghrib
Guru Takmir : Ustaz Hj. Marwan Bin Abd. Jalil
Tempat : Dewan solat Surau Al-Ehsan

Muslimin & muslimat dijemput hadir.
Terima Kasih.

Sunday, January 19, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Surau Al-Ehsan telah selamat dianjurkan dengan jayanya pada malam tadi. Kedatangan ....WOW! Diluar jangkaan pihak Jawatankuasa sambutan.. terutamanya kaum wanita...ramai betul. Sampai ada yang tak dapat solat isyak berjemaah kerana ruang solat wanita yang terhad.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan makanan yang disediakan cukup untuk semua tetamu.
Terima kasih diucapkan kepada para dermawan yang menghulurkan sumbangan dari segi wang ringgit, barangan atau tenaga. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan sukarelawan yang membantu membuat persiapan. Moga-moga tahun depan dapat buat yang lebih meriah lagi...

Video ceramah malam tadi akan di upload ke youtube dalam masa terdekat.
Berikut sedikit snapshot ketika majjlis berlangsung... gambar kurang jelas sebab guna handycam aje...


Antara jemputa yang ada di ruang solat

Penceramah dari Ledang 

Belum start dah nampak khusyuk.. 

Penceramah undangan.
Al-Ustaz Mohd Shafiee Bin Bachok
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Ledang


Tuan Pengerusi Surau Al-Ehsan.
En. Yaakob Bin Hanafi