Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Thursday, October 15, 2015

Doa Nabi Hidir

Assalamualaikum,

Semalam 14-Oct2015 merupakan 1 Muharram 1437H...iaitu permulaan tahun baru Hijriah bagi umat Islam.
Surau Al-Ehsan telah menganjurkan sambutan selama 2 malam berturut-turut..

13-Oct-2015 (6.30pm) :
Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun, Awal TAhun serta bacaan Surah Yasiin.
Alhamdulillah...yg datang di luar jangkaan.

14-Oct-2015 (Lepas Mahrib):
Kelas Takmir merangkap ceramah Ma'al Hijrah oleh Ustaz Hj. Aliman Bin Hj. Masrom.
Alhamdulillah..pun ramai jugak yang datang kali ini...sampai penuh ruang solat..

Sebelum ceramah bermula, Ustaz telah memberikan para jemaah 5 doa Nabi Hidir untuk amalan harian...
Sila lihat pada gambar yang dilampirkan...


Antara fadilat bacaan doa ini adalah..
1) Maka barangsiapa membaca akan dia pagi dan petang 3 kali, terpelihara ia dari bala dan kebinasaan dan daripada seteru orang zalim dan syaitan.
2) Dipelihara dari kejahatan , ular dan kala
3) Dipelihara dari terbakar dan tenggelam dalam air dan dipelihara dari kena curi
4) Jika dibaca setiap pagi, sentosa ia sampai petang...jika dibaca setiap petang sentosa iahingga pagi
5) Dan tiada dibaca akan dia seseorang pada hari Arafah 100 kali melainkan mendapat keredhaan Allah

wallahu 'alam..