Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Sunday, June 30, 2013

Tabung Surau di Pecah Lagi

Assalamualaikum,

Hari ni hari terakhir dalam bulan Jun 2013, saya dapat berita isi tabung besi surau kita kena curi lagi. Kalau sebelum ini mangga di potong, kali ini kolong mangga yang dipotong. Kalau ikut gambar kat bawah ni macam kena potong dengan cutter besar yang biasanya orang buat rumah buat potong besi beam....

Keadaan Tabung Surau

Kolong mangga tabung yang kena potong

Alat yang mungkin digunakan untuk potong tabung

Malam tadi masa majlis tahlil arwah tabung ni OK lagi. Lepas solat subuh baru jemaah sedar mangga dah hilang dan kali ni kolong mangga tabung kena potong....

Nasib baik bendahari baru keluarkan duit 2 ~ 3 hari yang lepas. Tapi rasanya isinya banyak jugak pasal mlm tadi ada kenduri kat surau... yang tinggal duit syiling je.....

Semoga orang-orang (kalau orang lah!!!) yang curi duit surau ni diberi balasan yang setimpal oleh Allah swt di dunia dan akhirat. Moga diberi hidayah untuk bertaubat!

Saturday, June 22, 2013

Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum,

Malam esok kita akan sekali lagi melalui malam Nisfu Sya'aban @ Separuh dari bulan Sya'aban @ 15 Sya'aban 1434H. Seperti biasa, Surau Al-Ehsan akan mengadakan majlis bacaan Surah Yaasiin untuk menyambut malam Nisfu Sya'aban. Semual ahli kariah Surau Al-Ehsan dijemput hadir.

     Tarikh : Ahad, 23 Jun 2013
     Masa : Selepas Solat Maghrib

Sedikit makluman mengenai malam Nisfu Sya'aban.
Kaifiat Membaca Yaasiin Malam Nisfu Sya'aban.

1. Waktunya selepas solat fardhu Maghrib, 15 Sya'aban.
2. Dibaca tiga kali berturut - turut disertai dengan berniat/berdoa memohon kepada
    Allah S.W.T tiga   perkara:

  • Bacaan pertama mohon lanjutkan usia di dalam kebajikan.
  • Bacaan kedua ditetapkan iman dan supaya mati kelak dalam keadaan  beriman yang sempurna.
  • Bacaan ketiga mohon diluaskan pintu rezeki yang halal. 
3.Doa (dibaca setiap kali selesai membaca Yaasiin Malam Nifsu Sya'aban)

Thursday, June 13, 2013

Video Kelas Takmir Jun 2013

Assalamualaikum,

Video Kelas Takmir bulan Jun 2013 yang telah diadakam pada malam semalam telah di upload ke YouTube. Anda boleh tonton di link di bawah atau di Video Link di sebvelah kanan blog ini..


Terima kasih.

Tuesday, June 11, 2013

Kelas Takmir Jun 2013

Assalamualaikum,

Kelas Takmir Surau Al-Ehsan yang terakhir sebelum bercuti selama 2 bulan akan diadakan esok. Sila rujuk surat jemputan yg akan diedarkan.... Semua dijemput hadir.

Terima Kasih.


Tuesday, June 4, 2013

Sambutan Isra' & Mikraj

Assalamualaikum,

Kepada semua ahli kariah Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat.
Sempena menyambut 27 Rejab (Peristiwa Isra' & Mikraj), Surau Al-Ehsan akan mengadakan majlis sambutan ringkas seperti berikut:

        Tarikh : Rabu, 5 Jun 2013
        Masa: Selepas Solat Maghrib


Aturcara :
7.20mlm : Solat Maghrib berjemaah
7.45mlm : Bacaan Surah Yaasin
8.00mlm : Majlis Ilmu / Tazkirah
8.30mlm  : Solat Isya; berjemaah
9.00mlm : Jamuan Ringan & bersurai

Muslimin & muslimat dijemput hadir.
Terima Kasih