Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Thursday, November 26, 2015

Alhamdulillah...

Assalamualaikum,

Lama tak update berita dalam blog surau ni....sibuk memanjang.

Ada berita baik nih.!

Permohonan Surau  Al-Ehsan untuk dapatkan meja dan kerusi untuk bilik mesuarat dah pun diluluskan.
Selasa lepas 24/Nov saya terima surat dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sri Medan.

Peruntukan Bagi Projek Khas Parlimen Tumpuan Untuk Parlimen Parit Sulong telah pun diluluskan.
Peruntukan adalah untuk membekal meja mesyuarat dan kerusi untuk Surau Al-Ehsan berjumlah RM2,500.
Alhamdulillah lepas dapat meja dan kerusi ni, tak perlulah kami mesyuarat kat lantai lagi.... kesian yg ada Gout!

Terima kasih Dato' Hj. Zulkurnain Bin Hj. Kamisan.



Thursday, October 15, 2015

Doa Nabi Hidir

Assalamualaikum,

Semalam 14-Oct2015 merupakan 1 Muharram 1437H...iaitu permulaan tahun baru Hijriah bagi umat Islam.
Surau Al-Ehsan telah menganjurkan sambutan selama 2 malam berturut-turut..

13-Oct-2015 (6.30pm) :
Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun, Awal TAhun serta bacaan Surah Yasiin.
Alhamdulillah...yg datang di luar jangkaan.

14-Oct-2015 (Lepas Mahrib):
Kelas Takmir merangkap ceramah Ma'al Hijrah oleh Ustaz Hj. Aliman Bin Hj. Masrom.
Alhamdulillah..pun ramai jugak yang datang kali ini...sampai penuh ruang solat..

Sebelum ceramah bermula, Ustaz telah memberikan para jemaah 5 doa Nabi Hidir untuk amalan harian...
Sila lihat pada gambar yang dilampirkan...


Antara fadilat bacaan doa ini adalah..
1) Maka barangsiapa membaca akan dia pagi dan petang 3 kali, terpelihara ia dari bala dan kebinasaan dan daripada seteru orang zalim dan syaitan.
2) Dipelihara dari kejahatan , ular dan kala
3) Dipelihara dari terbakar dan tenggelam dalam air dan dipelihara dari kena curi
4) Jika dibaca setiap pagi, sentosa ia sampai petang...jika dibaca setiap petang sentosa iahingga pagi
5) Dan tiada dibaca akan dia seseorang pada hari Arafah 100 kali melainkan mendapat keredhaan Allah

wallahu 'alam..




Monday, September 28, 2015

Program Qurban Kelompok Surau Al-Ehsan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Program Qurban Berkelompok 2015 anjuran Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat telah selamat diadakan dengan jayanya pada 24-Sep-2015.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.

Berikut gambar-gambar yg sempat diambil ketika program berlangsung.... semua org tengah sibuk jadi tak banyak gambar yang dapat diambil..

Salah sekor lembu yang bakal dikorbankan..


Admin...

Orang muda..


Gabungan muda & "lama"

Kepala....... minta maaf Ustaz Suboh!

2 buat ....2 tengok


Tuesday, September 22, 2015

Makluman Solat Aidiladha 1436H/2015

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam amnya dan kepada ahli kariah Surau Al-Ehsan,Kg. Pt. Bengkok Darat khususnya...

Sehubungan dengan itu, Solat Sunat Aidiladha seperti biasa akan dijalankan di Surau Al-Ehsan pada

          Tarikh : 24 Sep 2015 / 10 Zulhijjah 1436H
          Masa   : 8.15 pagi

Sila datang awal untuk sama-sama bertakbir & seterusnya menunaikan Solat Sunat Aidiladha secara berjemaah....

Terima Kasih


Tuesday, August 25, 2015

Kelas Takmir

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update Blog surau ni...sibuk sikit..

OK lah..sedikit maklumat mengenai Kelas Takmir bulan Surau Al-Ehsan, Pt. Bengkok Darat.
Kelas kita akan bermuls semula minggu ni...

     Tarikh : 27-Aug-2015 (Khamis malam Jumaat)
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Oleh : Tuan Hj. Maruan Bin Hj. Abd Jalil

Muslimin & Muslimat sekelian dipersilakan hadir.
Sila hebahkan dan bawa seisi keluaga bersama...

Terima Kasih

Monday, May 18, 2015

Video Ceramah Isra' & Mikraj 2015

Assalamualaikum,

Alhamndulillah, program Ceramah Sempena Isra' & Mikraj yang telah dirancang berjalan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada dermawan-dermawan yang telah menghulurkan sumbangan wang ringgit atau tenaga. Maaf sekiranya terdapat kekurangan di sini sana...

Setelah sehari suntuk mengupload video ceramah oleh Ustaz Mohd Assubhi Bin Hj Sidon (admin punya intenet slo...384kbps je) akhirnya berjaya.

Sila klik di sini untuk menonton video tersebut..

Terima kasih.

Wednesday, May 13, 2015

Pengisian Tamir 13 Mei 2015

Assalamualaikum,

Bagi yang tak berkesempatan ke kelas takmir pada malam ini, bolehla rujuk pada helaian yang dilampirkan.
Tajuk kelas pada malam ini adalah Fadhilat Bulan Rejab... bolehla amalkan...bulan Rejab pun belum habis lagi...




Selamat beramal!

Terima Kasih


Tuesday, May 12, 2015

Makluman Kelas Takmir

Assalamualaikum

Kelas Takmir oleh Ustaz Hj. Aliman akan diadakan seperti biasa pada

     Tarikh : 13 Mei 2015 (Rabu)
     Masa   : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin & muslimat dipersilakan hadir.
Harap sebarkan.

Terima kasih.

Monday, May 4, 2015

Ceramah Sempena Isra' & Mikraj 2015

Assalamualaikum,

Sempena kedatangan 27 Rajab 1436H pada 16 Mei 2015 ini, Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan mengadakan Majlis Ceraah Isra' & Mikraj seperti berikut:



Tarikh : Sabtu, 16 Mei 2015
Masa : Selepas Solat Maghrib
Penceramah Undangan : Ustaz Mohd Assubhi Bin Hj. Sidon (Ustaz Suboh)

Muslimin & Muslimat sekelian dipersilakan hadir.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berhubung dengan mana-mana Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ehsan sebelum tarikh majlis di atas. Sumbangan juga boleh dimasukkan ke akaun bank Surau Al-Ehsan..

No. Akaun : 0103 2020 0712 40 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Nama : Tabung Kebajikan Surau Kampung Parit Bengkok Darat

Terima kasih


Thursday, March 26, 2015

Kelas Takmir


Assalamualaikum,

Makluman Kelas Takmir bulanan oleh Ustaz Maruan.

Tarikh : Khamis, 26-April-2015
Masa : Selepas Solat Maghrib

Jangan lupa bawa kitab Riyadhu Solihin...

Semua dijemput hadir untuk mengimarahkan surau kita.
Sila hebahkan.

Tuesday, March 10, 2015

Program Qurban Kelompok Tahun 2015/1436H

Assalamualaikum,

Seperti tahun yang sudah-sudah, Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan menganjurkan Program Qurban Berkelompok sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini (2015M/1436H).

Sehubungan dengan itu pendaftaran bagi yang berhajat untuk melakukan ibadat qurban sunat pada tahun ini bolehlah berhubung dengan nama-nama di bawah  untuk mendapatkan borang pendaftaran.

     Ustaz Faizal Bin Abd. Jabar (Imam)
     Fazlin Bin Rais (Bendahari)
     Mohd Faizal Bin Wahaid (Setiausaha)

Ataupun anda boleh download & print borang di bawah.


Bayaran untuk 1 bahagian lembu pada tahun ini adalah sebanyak RM600 termasuk kos pengurusan.
Deposit sebanyak RM50 setiap 1 bahagian hendaklah diserahkan semasa pendaftaran

Tarikh tutup pendaftaran : 31-Mac-2015.

Terima kasih
.

Maklumat Kelas Takmir

Assalamualaikum,


Maklumat Kelas Takmir bulanan bersama Ustaz Haji Aliman Bin Masrum.

     Tarikh : 11-Mac-2015 (Rabu malam Khamis)
     Masa   : Selepas solat Maghrib

Muslimin & Muslimat sekelian dipersilakan hadir ke majlis ilmu ini.
Sila bantu hebahkan.

Terima kasih

Tuesday, February 10, 2015

Makluman Kelas Takmir

Assalamualaikum.


Makluman Kelas Takmir bulanan bersama Ustaz Hj. Aliman.

     Tarikh : 11 Feb 2015 (Rabu)
     Masa   : Selepas Solat Maghrib

Muslimin & Muslimat sekelian dijemput hadir.
Mohon sebarkan.

Terima kasih

Friday, February 6, 2015

Video Marhaban Yaho! Yaho!

Assalamualaikum,

Berikut adalah video rakaman Marhaban Klasik yang hampir pupus. Marhaban Ya Marhaban juga lebih dikenali dengan nama Marhaban Yaho! Yaho! di Kampung Parit Bengkok, Bagan ini.

Boleh simpan sebelum hilang ditelan zaman....


Terima Kasih

Sunday, February 1, 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015/1436H

Assalamualaikum,

Sempena memperingati hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w., Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat dengan kerjasama JKKK Kawasan Parit Bengkok akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul seperti ketetapan berikut:

     Tarikh   : 7-Feb-2015 (Sabtu)
     Masa    : Bermula 6.00petang
     Tempat : Surau Al-Ehsan
     Penceramah Undangan : Ustaz Mohd Shafiee Bin Bachok
                                          (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Ledang)

Muslimin & Muslimat sekelian dipersilakan hadir.

Banner..

Aturcara Majlis...pastikan datang untuk perarakan pukul 6.30ptg.
Ceramah selepas Solat Fardhu Isyak

Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik disediakan..

Sekitar Gotong Royong Sempena Maulidur Rasul 2015/1436H

Assalamualaikum,

Baru berkesempatan nak update blog Surau Al-Ehsan.
Berikut gambar-gambar sekitar aktiviti gotong royong sempena Majlis Maulidur Rasul 2015/1436H.
gotong royong diadakan pagd hari Sabtu, 31-Jan-2015. Alhamdulillah settle walaupun x berapa ramai yang datang... Terima Kasih kepada yang hadir...

Cat semula biar nampak macam baru

 "Hj. Deraman"...hehehe

 Rehat kejap...

 Wak Hassan...Bilal 2

Chainsaw belum sampai, budak-budak ni dah sibuk nak tarik...

 
Baru boleh tarik....

 Penat...

 
 Pasang TV besar utk Muslimah...

Dah siap pasang...

 TV SHARP sudah semestinya...

 Poster dah naik...


Monday, January 26, 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015M/1436H

Assalamualaikum.

Untuk Makluman, Surau Al-Ehsan dengan kerjasama JKKK Kawasan Paritt Bengkok akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 7-Feb-2015 bermula jam 6.00ptg. Sehubungan dengan itu, bagi yang ingin memberikan sumbangan ikhlas bolehlah berhubung terus dengan Bendahari Surau (En. Fazlin Rais) atau mana2 ahli jawatankuasa surau sebelum 6-Feb-2015.

Sila hebahkan. Terima kasih

Aturcara majlis.
6.00pm : Berkumpul di hadapan rumah En. Ahmad Bin Ehsan
              (kupon cabutan bertuah akan diedarkan pada masa ini)
6.30pm : Perarakan menuju ke Surau Al-Ehsan
7.30pm : Solat Maghrib berjemaah
7.45pm : Bacaan Selawat beramai-ramai
7.55pm : Jamuan secara buffet
8.40pm : Solat Isyak berjemaah
9.15pm : Ceramah Oleh Ustaz Mohd Shafiee Bin Bachok
               (Pegawai Agama Daerah Ledang)

Cabutan Bertuah
Kupon-kupon untuk cabutan bertuah akan diedarkan sebelum perarakan hingga sebelum solat fardhu Maghrib. Sila datang awal kerana kupon adalah terhad.

Hadiah-hadiah cabutan bertuah.
2x smartphone
1x handphone
4x hamper/souvenier


Friday, January 2, 2015

Majlis Takirah & Selawat

Assalamualaikum,



Bersempena dengan kedatangan 12 Rabiul Awal 1436H esok, Surau AL-Ehsan Pt. Bengkok Darat akan mengadakan Majlis Takirah, Berzanji dan Selawat sebagai memperingati Hari Keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

     Tarikh   : 2 Jan 2015 (Jumaat mlm Sabtu)
     Masa     : Selepas Solat Maghrib
     Tempat : Surau Al-Ehsan, Pt Bengkok Darat

Sehubungan dengan itu muslimin & muslimat sekelian dipersilakan ke majlis ini.
Terima kasih