Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Tuesday, April 1, 2014

Berita Baik (Kemaskini 29/6/2014)

Kemaskini pada 29/6/2014 (1 Ramadhan 1435H)

Kerja kerja pembinaan pagar di sekeliling kawasan surau telah dimulakan pada 28/6/2014.
Terima kasih kepada dermawan & dermawati yang sudi menderma untuk menjayakan projek ini. Terutama kepada Ahli Parlimen Parit Sulong, YB Dato' Noraini Binti Ahmad yang menyokong pojek ini melalui peruntukan segera dan kontraktor..






Projek dijangka siap sepenuhnya sebelum Hari Raya Aidilfitri 2014.

Terima Kasih

******************************************
Assalamualaikum semua,

Saya baru saja menerima berita gembira melalui email dari YB Ahli Parlimen Pt. Sulong, Dato' Noraini Ahmad berkenaan permohonan untuk membina pagar disekeliling Surau Al-Ehsan.

Untuk makluman permohonan telah dihantar kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pt. Sulong pada 15/Nov2013. Sila rujuk surat permohonan di bawah.
 

Melalui e-mail, saya telah dimaklumkan oleh YB Dato', permohonan tersebut telah diluluskan melalui peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM15,000 pada 25/Feb/2014. Pihak Pembangunan Negeri juga telah memberi kelulusan baru-baru ini. Selalunya selepas diluluskan oleh pihak kerajaan, waran akan dikeluarkan kepada pihak pelaksana(kontraktor) yang dipilih oleh kerajaan. Berdasarkan perkembangan terkini, nampaknya Surau Al-Ehsan akan dapat pagar keliling surau tidak lama lagi.... Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment