Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Sunday, March 2, 2014

Tabung Pembangunan Masjid Johor

Assalamualaikum,

Baru pulang dari menghadiri taklimat Tabung Pembangunan Masjid & Surau Negeri Johor di Masjid Nurul Huda, Bagan.

Tabung diwujudkan untuk memberi peluang kepada muslimin & muslimat untuk sama-sama merebut pahala sedekah jariah di samping membantu kerajaan negeri mempercepatkan proses pembinaan & baikpulih masjid & surau seluruh negeri johor.


Bagi yang ingin menyumbang terus secara online bolehlah buat bank transfer ke akaun berikut. Sila berikan salinan slip bank transfer kepada Setiausa Surau Al-Ehsan untuk rekod.

     No. Akaun : 551016-202271 (Maybank)
     Atas Nama : Tabung Pembangunan Masjid Johor


Anda juga boleh serahkan sumbangan anda kepada Setiausaha Surau Al-Ehsan sebelum 10-Mar-2014 kerana majlis penyerahan oleh Penyelaras Zon Semerah kepada Majlis Agama Islam Johor akan diadakan pada 12-Mar-2014.

Sumbangan secara tunai akan diberikan resit & dikecualikan dari cukai oleh LHDN. Sumbangan minimum sebanyak RM2 sahaja.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment