Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Wednesday, January 8, 2014

Pendaftaran Projek e-MAKLUM

Assalamualaikum,

Seperti yang diumumkan sebelum Kelas Takmir sebentar tadi, pihak Surau Al-Ehsan akan cuba menggunakan kaedah penyampaian maklumat mengenai aktiviti surau terutamanya Kelas Takmir melalui SMS. Ini akan cuba dilaksanakan dalam masa terdekat melalui projek yang dinamakan "e-MAKLUM".

Untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar, pihak surau akan mendapatkan nombor telefon bimbit setiap ahli kariah. Sebahagian darinya telah diperolehi sewaktu kelas berjalan sebentar tadi.

Diharapkan projek ini akan berjalan dengan lancar supaya proses penyampaian maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, pantas dan mudah.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment