Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Monday, December 9, 2013

Kelas Takmir #1 Dec 2013

Assalamualaikum,

Kelas Takmir Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan diadakan seperti biasa seperti ketetapan berikut,

          Tarikh : 11 Dec 2013 (Rabu)
          Masa : Selepas Solat Maghrib
          Penceramah : Tn. Hj. Aliman Bin hj. Masrom

Semua dijemput hadir.
Terina Kasih....


1 comment:

  1. Kelas hari ni ulangkaji bab najis dari kitab Mutla' al-badrain...
    Macam biasa la... dah namanya ulangkaji, mesti benda dah pernah belajar masa sekolah rendah dulu...

    Antaranya:

    Makna Najis : Kotor-kotoran yang tidak boleh dibawa solat atau tawaf.

    Bahagian Najis,
    1) Najis Mughalazah - najis berat
    Contohnya - anjing, babi dan segala yang berasal darinya. Kalau anjing kawin dgn kambing, anaknya tetap dikira sebagai anjing walaupun rupanya macam kambing.

    Cara menyucikan : Sertu - 1 kali air tanah + 6 kali air mutlak

    2) Muttawasitah - najis pertengahan.
    Contohnya - darah, nanah. danau (darah+nanah), segala yang keluar dari 2 jalan kecuali mani, air liur basi, arak, susu binatang yang haram dimakan dll.

    Cara menyucikan : dibasuh dengan air mutlak hingga hilang arna, bau dan rasa (pakai tangan bukan pakai lidah..uwekkkk!)

    3) Muhaffaffah - najis ringan
    air kencing kanak-kanak lelaki bawah 2 tahun yang hanya minum susu ibunya...

    Cara menyucikan : lap dengan kain bersih dan renjiskan dengan air mutlak

    Nota : Semua bangkai adalah najis kecuali mayat manusia, belalang & ikan

    Lain-lain (off topic):
    1) Cara halau Jin dalam rumah
    - Baca Surah Al-Baqarah ayat 1 ~ akhir pada air bersih
    - renjiskan air di setiap ruang rumah
    - Laungkan Azan di setiap bilik

    2) Anak baru lahir
    - Azankan di telinga kanan
    - Iqamatkan di telinga kiri
    - Baca Surah Al-Qadr, Al-Ikhlas di telinga kanan

    Wallahu'alam


    ReplyDelete