Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Friday, October 11, 2013

Program Dakwah bil-Hal Sesi #1

Assalamualaikum,

Pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan telah mengusulkan dalam mesyuarat AJK yang lalu pada 6 Okt 2013 untuk mengadakan program Dakwah bil-Hal dan ziarah. Program ini tidak tertakluk kepada ahli kariah surau ini sahaja tetapi kepada sesiapa yang dirasakan perlu dari masa ke semasa. Sedikit sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit atau barang-narang keperluan harian akan disumbangkan melalui dana surau ini. Usul ini telah diterima sebulat suara.

Untuk sesi yang pertama, malam ini , Khamis 11 Okt 2013, pihak jawatankuasa telah menziarahi dua rumah.

Rumah Pertama :
Rumah En. Hassan Bin Ahmad. Orang yang dilawati adalah abang ipar beliau iaitu Tn. Hj. Sinang Bin Urif yang merupakan Imam Surau Parit Bengkok Tengah. Beliau terlantar lumpuh seluruh dari leher ke bawah sejak 15 Jan 2013. 


Pihak jawatankuasa surau telah menyerahkan sedikit sumbangan dalam bentuk wang tunai untuk kegunaan perubatan beliau.


Rumah Kedua
Encik Saim Bin Hj. Noor. Beliau diserang angin ahmar setahun yang lalu. Sejak dari itu beliau tidak mampu berjalan dan bekerja. Beliau tinggal bersama anak-anaknya yang tiada pendapatan tetap di dalam sebuah rumah yang agak usang.
.




Pihak jawatankuasa surau telah menyerahkan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian kepada En. Saim  sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbag kepada program ini bolehlah menghubungi Bendahari Surau, En. Fazlin Bin Rais (H/P : 012-7519109) atau melalui akaun bank yang berikut :

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Akaun : 01-032-02-007124-0
Atas Nama : Tabung Kebajikan Surau Kampung Parit Bengkok Darat

Terima Kasih






No comments:

Post a Comment