Assalamualaikum,
Lama tak update berita dalam blog surau ni....sibuk memanjang.
Ada berita baik nih.!
Permohonan Surau Al-Ehsan untuk dapatkan meja dan kerusi untuk bilik mesuarat dah pun diluluskan.
Selasa lepas 24/Nov saya terima surat dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sri Medan.
Peruntukan Bagi Projek Khas Parlimen Tumpuan Untuk Parlimen Parit Sulong telah pun diluluskan.
Peruntukan adalah untuk membekal meja mesyuarat dan kerusi untuk Surau Al-Ehsan berjumlah RM2,500.
Alhamdulillah lepas dapat meja dan kerusi ni, tak perlulah kami mesyuarat kat lantai lagi.... kesian yg ada Gout!
Terima kasih Dato' Hj. Zulkurnain Bin Hj. Kamisan.