Assalamualaikum,
Muslimin dan Muslimat sekelian dijemput hadir.
Jom beramai-ramai ke surau...
T/L 27, Kampung Parit Bengkok, Simpang Lima, 83020 Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Surau Al-Ehsan
Tuesday, October 14, 2014
Tuesday, October 7, 2014
Solat Sunat Gerhana Bulan
Assalamualaikum,
Berdasarkan maklumat yang diterima dari Jabatan Mufti Johor, fenomena Gerhana Bulan akan berlaku pada 5 Oktober 2014 (Rabu malam Khamis). Ia bermula dari jan 6.58 mlm dan berakhir pada jam 8.40 mlm.
Sehubungan dengan itu Surau Al-Ehsan, Pt. Bengkok Darat akan mengadakan Solat Sunat Gerhana Bulan selepas Solat Fardhu Maghrib pada malam tersebut. Tuan-tuan dijemput beramai-ramai ke surau untuk melakukan Solat Sunat Gerhana secara berjemaah.
Terima Kasih

Gerhana Bulan Penuh – 8 Oktober 2014
Assalamualaikum,
Copy & Paste dari http://falakonline.net/semesta/2014/09/gerhana-bulan-penuh-8-oktober-2014/
Copy & Paste dari http://falakonline.net/semesta/2014/09/gerhana-bulan-penuh-8-oktober-2014/
Pada waktu Maghrib, Rabu 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.
Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.
Semenanjung Malaysia
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
- 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
- 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
- 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Marilah kita beramai-ramai ke surau untuk Solat Sunat Gerhana Bulan dan mendengar Khutbah Gerhana selepas solat fardhu Maghrim. Hukum Solat Gerhana adalah Sunat Mua'akad.
Terima kasih
Monday, October 6, 2014
Sekitar Program Qurban Sunat Berkelompok Surau Al-Ehsan
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dengan izin Allah swt Program Qurban Sunat Berkelompok pada tahun ini berjalan dengan jayanya. Ditambah pula dengan bantuan ahli-ahli qariah Surau Al-Ehsan yg telah datang selepas Solat Sunat Aidiladha. Walaupun admin xde tapi gambar-gambar sekitar program tersebut sampai juga kat admin.
Berikut gambar-gambar sekitar program tersebut yang telah disumbangkan oleh geng-geng Surau Al-Ehsan....

Si Merah...
Si Putih...
Si Merah dah selesai...
Giliran Si Putih Pulak...
Kerja melapah...
Kepala!
Orang Kuat Surau...
Macam kena mercun je Kapten Usop?
Saturday, October 4, 2014
Program SepanjangHari Raya Aidiladha 2014
Assalamualaikum.
Untuk makluman ahli kariah Surau Al-Ehsan Pt. Bengkok Darat.
Program sehari sepanjang Aidiladha pada Ahad, 5-Oct-2014.
1) Solat Sunat Aidiladha
Solat pada tahun ini akan diadakan awal sedikit.
Mula : jam 8.15pagi
2) Program Qurban Sunat Berkelompok
Masa : 9.00 pagi
Berkumpul di perkarangan Surau Al-Ehsan untuk Tazkirah dan taklimat Ibadat Qurban
Sila bawa senjata masing-masing.....:)
Kita akan mengorbankan 2 ekor lembu pada tahun ini
3) Majlis Doa Selamat & Kesyukuran
Masa : selepas solat Maghrib
Tempat : Di Surau Al-Ehsan
Semua jemaah dijemput hadir.

Subscribe to:
Posts (Atom)