Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Sunday, January 19, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Surau Al-Ehsan telah selamat dianjurkan dengan jayanya pada malam tadi. Kedatangan ....WOW! Diluar jangkaan pihak Jawatankuasa sambutan.. terutamanya kaum wanita...ramai betul. Sampai ada yang tak dapat solat isyak berjemaah kerana ruang solat wanita yang terhad.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan makanan yang disediakan cukup untuk semua tetamu.
Terima kasih diucapkan kepada para dermawan yang menghulurkan sumbangan dari segi wang ringgit, barangan atau tenaga. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan sukarelawan yang membantu membuat persiapan. Moga-moga tahun depan dapat buat yang lebih meriah lagi...

Video ceramah malam tadi akan di upload ke youtube dalam masa terdekat.
Berikut sedikit snapshot ketika majjlis berlangsung... gambar kurang jelas sebab guna handycam aje...


Antara jemputa yang ada di ruang solat

Penceramah dari Ledang 

Belum start dah nampak khusyuk.. 

Penceramah undangan.
Al-Ustaz Mohd Shafiee Bin Bachok
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Ledang


Tuan Pengerusi Surau Al-Ehsan.
En. Yaakob Bin Hanafi


Sekitar Gotong Royong Sempena Maulidur Rasul 1435H

Assalamualaikum,

Gambar-gambar sekitar gotong royong yag diadakan pada18-Jan-2014 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1435H ...
Pak Shid.... org kecil tp kuat!!


 Standby pasang khemah


 Kerusi 2 biji pun angkat 2 org...

Pemain Mak Yong sesat... 

 Abg BOB..sponsor khemah... Semoga bisnes makin manju!


 Betul ke tak kipas ni?

Khemah dah siap.... meja & kerusi on d' way



Siap sudah...terima kasih. Baru boleh makan




Friday, January 17, 2014

Pengisian Kelas Takmir Sesi #1 Jan 2014

Assalamualaikum,

Video Kelas Takmir Sesi #1 bagi bulan Jan 2014 telak diupload ke youtube.
Sila klik DI SINI untuk menonton.

Tarikh : 8 Jan 2014
Tajuk : Bahaya Syiah

Terima kasih

Thursday, January 16, 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H

Assalamualaikum,

Bersempena dengan bulan kelahiran Rasulullah s.a.w, pihak Surau Al-Ehsan akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sperti ketetapan berikut:-

     Tarikh : Sabtu, 18 Jan 2014
     Masa : Selepas Solat Maghrib
     Tempat : Dewan Solat Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat)
     Penceramah Undangan : Ustaz Mohd Shafiee Bin Bachok
                                          (Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Ledang)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir, khasnya buat ahli kariah Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat).
Harap tidak diuzurkan jua. Datanglah beramai-ramai bersama-sama ahli keluarga.

Terima kasih.


Wednesday, January 8, 2014

Pendaftaran Projek e-MAKLUM

Assalamualaikum,

Seperti yang diumumkan sebelum Kelas Takmir sebentar tadi, pihak Surau Al-Ehsan akan cuba menggunakan kaedah penyampaian maklumat mengenai aktiviti surau terutamanya Kelas Takmir melalui SMS. Ini akan cuba dilaksanakan dalam masa terdekat melalui projek yang dinamakan "e-MAKLUM".

Untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar, pihak surau akan mendapatkan nombor telefon bimbit setiap ahli kariah. Sebahagian darinya telah diperolehi sewaktu kelas berjalan sebentar tadi.

Diharapkan projek ini akan berjalan dengan lancar supaya proses penyampaian maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, pantas dan mudah.

Terima kasih

Kelas Takmir Jan 2014 Sesi #1

Assalamualaikum,

Seperti biasa pada setiap awal bulan Kelas Takmir akan diadakan seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 8 Jan 2014 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Penceramah : Tn. Hj. Aliman Bin Hj. Masrom

Semua dijemput hadir.
Terima Kasih.


Wednesday, January 1, 2014

PA System Upgrade

Assalamualaikum,

Pasti ada ahli kariah yang terperanjat dengar azan Maghrib petang tadi power giler bunyi dia...!
Haa.... kita baru saja upgrade PA Sistem Surau ptg tadi... 80% dah siap.
Kontraktor yang buat...

PA Sistem dalam surau dah tip top!
PA Sistem luar (untuk Azan) tinggal naikkan horn speaker kat tiang lampu....... td kontraktor tak bawak tangga...jadi tak boleh pasang, tapi sambungan dah OK dah binyi pun dah power.
Lepas ni takde orang kata tak pegi solat Suboh kat surau pasal tak dengar azan... termasuklah yang tulis post ni....heehhee.