Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan
Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok (Darat). No. Akaun : 01032020071240 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Tuesday, May 28, 2013

Semakan Arah Kiblat


























Assalamualaikum,

Semakan Arah Kiblat berdasarkan Fenomena Istiwa Azam berlaku setiap dua kali setahun di mana ketika itu matahari berada di atas kaabah (waktu tengahari di Masji
dl Haram). Oleh itu umat Islam khususnya di Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat pada 28 Mei 2013 tepat jam 5:16 petang.

Bagaimana caranya??:

1. Dirikan kayu secara menegak di tanah lapang (bagi rumah yang menghadap matahari terbenam boleh gunakan jenang pintu rumah / tingkap)

2. Tunggu waktu yang ditetapkan.

3. Bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut adalah menghadap kiblat.

SENANG JE KAN??

Saturday, May 25, 2013

Video Pengisian Takmir Bulan May 2013

Assalamualaikum,

Video pengisian Takmir May 2013 telah selamat diuplaod ke Youtube.
Sila klik Video Link disebelah kanan atau link di bawah :


Selamat menonton.

Terima kasih.

Perubahan Kadar Sumbangan Khairat Kematian

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua ahli kariah Kg. Pt. Bengkok Darat, berkuatkuasa serta merta, kadar sumbangan khairat kematian bagi Kg. Pt. Bengkok Darat telah dinaikkan dari RM5.00 kepada RM10.00. 

Perubahan yang tidak dapat dielakkan ini adalah berikutan kenaikan kos barang-barang untuk pengurusan jenazah. Kadar sumbangan sekarang adalah tidak mencukupi untuk menampung segala kos yang diperlukan.

Oleh sebab pihak Jawatankuasa Surau Al-Ehsan telah memutuskan untuk menaikkan kadar bayaran untuk setiap keluarga.

Surat pemberitahuan telah pun diedarkan petang tadi kepada semua ahli kariah. Sila rujuk surat yang dilampirkan. 

Terima kasih

Monday, May 13, 2013

Kelas Takmir Bulan Mei 2013

Assalamualaikum,

Kelas Takmir bulanan Surau Al-Ehsan, Kg. Pt. Bengkok Darat akan diadakan seperti biasa pada hari Rabu 15/Mei ini. Semua dijemput hadir.

Terima Kasih

Gangguan Bekalan AIr

Assalamualaikum,

Dimaklumkan kawasan Kg.Pt. Bengkok Darat akan terbabit dengan ganguan bekalan air mulai Khamis, 16/May 9.00am ~ Jumaar 17/May 1.00am. Diharap dapat menyimpan bekalan air secukupnya.

Terima kasih..